Lebih sejuta umat Islam dari seluruh dunia telah tiba di Mekah menjelang kemuncak ibadah haji tahunan, menjadi tunjang kepada agama Islam yang mengesahkan amalan Nabi Muhammad SAW sejak dari lebih daripada 1,400 tahun yang lalu.
Bakal-bakal haji dari lebih daripada 150 buah negara mula berkumpul pada hari Jumaat di masjid al-Haram dan bersedia melengkapkanibadah haji dalam lima hari terakhir yang bermula pada Sabtu 10 September.
Perjalanan spiritual bertujuan membawa diri setiap jamaah agar mereka lebih dekat kepada Allah, dengan keseluruhan bakal haji tahun ini dijangka akan dihadiri oleh lebih daripada 1.5 juta orang.


Juga buat kali pertama, jamaah akan diberikan gelang elektronik menyimpan maklumat peribadi dan perubatan yang akan membantu pihak berkuasa menyediakan penjagaan dan mengenal pasti diri mereka.
Gelang tersebut kalis air dan dihubungkan dengan GPS serta peranti juga akan mengarahkan para jamaah mengikut pengaturan masa solat dan bimbingan bantuan berbilang bahasa akan membantu jemaah mengharungi pelbagai ritual.
Haji tahun lalu telah mencatatkan tragedi kematian akibat rempuhan yang mengorbankan lebih daripada 750 orang.
Kejadian tidak diingini mungkin menjadi ancaman apabila hubungan semakin meruncing dan ketegangan antara Riyadh dan Tehran, kerana ramai jemaah haji terbunuh tahu lalu adalah ialah Iran.
Hubungan antara kedua-dua negara meleset pada awal tahun ini apabila mereka gagal mencapai perjanjian pada perkiraan bagi rakyat Iran menghadiri haji tahun ini.


























