Anggota Jabatan Amal Dungun Kemalangan, Sumbangan Diperlukan

1995

Oleh: Naraza Muda

DUNGUN – Malang menimpa seorang anggota unit amal yang sangat aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan. Muhamad Khairil Mohd Yusoff 22, cedera parah dalam satu kemalangan di jalan Pantai Dungun petang semalam.

khairil kemalangan1Beliau yang menunggang motosikal seorang diri dipercayai terlibat dengan kemalangan dilaluan ini sekitar jam 5 petang dan mendapat rawatan kecemasan oleh pasukan Agensi Pertahanan Awan sebelum dibawa ke Hospital Daerah Dungun.

Kemudian, Khairil dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapat rawatan lanjut.

Menurut Komander Jabatan Amal Dungun, Sailani Salleh, mangsa mengalami kecedaraan di kepala, patah lengan, kecederaan parah pads pergelangan kaki dan masih dirawat di HSNZ Kuala Terengganu.

Katanya, Khairil merupakan pengendali tetap bot. setiap kali operasi menyelamat dan bantuan kemanusiaan apabila ada berlaku bencana alam terutama di kawasan Hulu Dungun.

Kata Saliani, beliau memang mempunyai kepakaran dan keberanian yang jarang dimiliki anggota lain.

“Semasa banjir besar melanda Hulu Dungun beliau pernah mengendalikan bot diwaktu malam untuk operasi menyelamat. Beliau juga sangat berdisiplin dan mudah menerima arahan walaupun terpaksa mendedahkan keselamatan dirinya sendiri demi orang lain.

derma khairil“Kini beliau sedang ditimpa musibah, kami semua terkejut dengan kejadian ini. Saya dimaklumkan beliau memerlukan sejumlah kos untuk memasukan besi ditanganya yang patah, saya merayu kepada orang ramai supaya dapat membantu khairil agar beliau tidak menghadapi masalah proses rawatan ini.” Ujarnya.

Menurut beliau lagi, Khairil mempunyai pendapatan tetap sejak beberapa bulan lalu, apabila Syarikat dimana beliau berkerja ditamatkan kontrak.

Justeru itu, Jabatan Amal memohon sumbangan kewangan dari orang ramai yang prihatin bagi membantu Khairil.

Saliani berkata, sumbangan bolehlah di salurkan kepada Jabatan Amal Dungun di akaun May Bank Jabatan Amal Dungun, No. 563091007745 atau berhubung terus dengan Bendahari Amal Dungun, Tarmizi ditalian 0199325856.

Khairil merupakan anak kedua dariapa daripada sembilan adik beradik, bapanya Mohd Yusoff adalah seorang nelayan.