KUALA TERENGGANU – Pindaan kepada Akta 355 yang telah dibentangkan di parlimen pada bulam Mei lalu adalah bersesuaaian dengan semangat perlembagaan negara kita.
Pemgerusi Majlis Perunding Pelaksanaan Syariat Islam Terengganu (MAPIT) Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, perlembagaan persekutuan Malaysia melalui peruntukan perkara 3 (1) menyatakan Islam ialah ugama bagi Persekutuan.
“perlembagaan memperuntukkan Islam adalah agama bagi persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai,
“mafhum dari itu kita boleh memahami bahawa Islam adalah ideologi dan gerak nadi kepada negara maka pindaan Akta 355 adalah untuk menterjemahkan sebahagian daripada perlembagaan negara,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika membuka Forum RUU 355 “Wajarkah Dipinda” yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Sabtu 3 September.


Katanya, pindaan RUU 333 itu bertujuan untuk melaksanakan dan memartabatkan Islam, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan tersebut.
Oleh itu, Ketuan Dewan Ulamak PAS Terengganu itu berkata, sekiranya pindaan tersebut diluluskan, ia tidak akan menjejaskan mana-mana pihak dalam negara ini.
“kalau ia diluluskan, sudah ternyata dalam pindaan yang diusulkan (oleh Ahli Parlimen Marang) iamya tidak menjejaskan orang lain,
“kerana usul ini hanya meliibatkan orang-orang Islam sahaja dan juga pindaan yang dibuat adalah secara aman mengikut lunas demokrasi,”jelasnya.
Justeru itu katanya, MAPIT menganjurkan Forum itu adalah untuk mendapat satu pencerahan yang lebih jelas daripada semua pihak.
Beliau berharap, dengan pandangan semua pihak yang terlibat dalam Forum tersebut, MAPIT dapat mengajukan cadangan supaya semua ahli-ahli parlimen samada Islam aatu bukan Islam agar menyokong pindaan Akta 355 yang akan dibentangkan di parlimen pada bulan Oktober depan.
Panel Forum tersebut terdiri daripada Exco Kerajaan Kelantan Dato’ Dr Haji Fadzli Dato Hj Hassan, Pensyarah Undang-undang Perlembagaan Prof.Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz, Ahli Parlimen Setiu Haji Zulkifly Jusoh dan Pengerusi Persatuan Peguam Muslim Malaysia Datuk Haji Zainul Rijal Abu Bakar.
Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Dato’Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah berucap pada penutup Forum tersebut.
https://youtu.be/XSJ72vvI0BY





























