Lajnah Dakwah Anjur Dialog RUU 355

1856

LAJNAH Dakwah, Kesenian & Kebudayaan PAS Negeri Terengganu akan mengadakan satu program Dialog Rang Undang-Undang (RUU355). Berikut adalah maklumat program tersebut:

Tarikh: Hari Jumaat bertarikh 16 September 2016.

Masa: Bermula Jam 2.00 petang.

Tempat: Dewan Tok Guru,Kampung Rusila, Marang, Terengganu Darul Iman.

dialog RUU 355Ahli Panel :

1- Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, Presiden PAS.

2- Dato Takiyuddin bin Hassan, Setiausaha Agung Pas.

Kami juga akan melancarkan kempen sokongan atas usaha pindaan Akta RUU 355 secara menyeluruh untuk memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat.

Bagi kmi RUU 355 adalah satu usaha murni untuk dilaksanakan atas beberapa faktor dan perkara demi kebaikan umat Islam.

Meningkatkan peranan mahkamah syariah sebagai mercu tanda menghormati orang Islam dan seiring dengan Perlembagaan Malaysia dalam fasa 3 menyebutkan (Agama resmi negara adalah agama Islam).

RUU 355 adalah untuk meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah hanya untuk org Islam sahaja bahkan harapan PAS Negeri Terengganu agar semua ahli dipelbagai peringkat memahami Dan mampu memberi pencerahan kepada Masyarakat Berkenaan Rang Undang-Undang Masyarkat (RUU355) ini.

Kejayaan RUU 355 bergantung kepada keyakinan dan kesungguhan Ahli Parlimen yang beragama Islam berjumlah lebih dari 139 orang yang terdiri dari berbagai parti politik untuk membawa suara umat Islam agar pindaan tersebut dapat diluluskan.

Kami akan menyerahkan memorandum kepada semua Ahli Perlimen yang beragama Islam untuk meminta supaya mereka menyokong cadangan pindaan tersebut.

Bentuk kempen yang akan dijalankan seperti kuliah penerangan di masjid surau, forum dan ceramah umum, selain daripada itu kempen tandatangan seluruh orang Islam juga akan dibuat.

Kami menyeru seluruh orang Islam menyokong perjuangan PAS sejak sekian lama kerana ianya merupakan satu bukti kesungguhan umat Islam dalam melaksanakan perintah Allah.

Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani
Pengerusi Lajnah Dakwah,Kesenian & Kebudayaan PAS Negeri Terengganu