Kemaman Menjadi Tuan Rumah HARAP 3.4

1430

Oleh : IlmuIman

KEMAMAN – PAS Kawasan Kemaman menjadi tuan rumah kepada program ‘PAS Harapan Semua kali yang ke-empat (HARAP 3.4.)

Program yang kekal membawa legasi himpunan PAS Ganti UMNO itu akan diadakan di Kemasik pada 30 Oktober akan datang.

Gabungan harapan semua rakyat Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk melihat mampu PAS menggantikan UMNO dalam mentadbir negara, maka lahirlah tema ‘PAS HARAPAN SEMUA – PGU’.

Menurut Setiausahanya, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, HARAP 3.4 akan menjadi lebih menarik kerana menggabungkan Karnival PAS Kawasan Kemaman dan HIMPIT.

tapak HARAP 3.41“Pada 28 dan 29 September 2016, pelbagai program seperti kuliah agama, bersama selebriti, persembahan seni pertahanan diri, jualan mega dan sebagainya.

“HIMPIT pula akan menghimpunkan para pemuda PAS dari seluruh negeri demi menyemarakkan tenaga ‘amilin’ yang bakal menjadi peneraju parti dan negara,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada lawatan tapak HARAP 3.4, yang akan dilangsungkan di atas sekeping tanah seluas lebih kurang 6 ekar.

Katanya, ia terletak kira-kira 100 meter dari simpang empat lampu isyarat pekan Kemasik dan bersetentangan dengan Sekolah Kebangsaan Kemasik.

“Tempat yang strategik ini membolehkan peserta, pengunjung dan para peniaga bergerak dengan selesa lebih-lebih lagi kedudukannya hanya 50 meter dari Surau Feri,”tambah beliau.

Hadir sama pada lawatan itu semalam Sabtu, 13 Ogos ialah Pengarahnya YB Dr. Alias Razak dan Yang DiPertua PAS Kemaman Ustaz Alias Hamid dan Ahli Jawatankuasa Panitia Induk HARAP 3.4.

IMG_20160814_234351