Rakyat Kena ‘Peduli’

1417

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Rakyat perlu ambil peduli dan menyebarkan maklumat tentang ‘kebobrokan’ kerajaan negeri Terengganu yang di pimpin Barisan Nasional.

Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dasar ‘Tranformasi Terengganu Baharu’ kerajaan Umno di bawah pimpinan Ahmad Razif Abdul Rahman, hanya slogan kosong sahaja.

“Persidangann (Sidang) Dewan Undangan Negeri hanya tiga jam setengah sahaja, rekod buruk dalam pentadbiran kerajaan Terengganu,

“kita harus sedar kerajaan (BN) hari ini sudah tidak mesra rakyat………. slogan yang di laungkan (TTB) hanya tinggal slogan……….hakikatnya rakyat tidak menjadi keutamaan,”jelasnya.

Beliau berkata demikian berucap pada program Dailog Bersama Wanita di perkarangan Surau Al-Ansar Gong Pauh, ketika mengulas Sidang DUN yang berlangsung Isnin lalu.

Katanya, rakyat terus di bebani dengan pelbagai kenaikan harga, ekoran pelaksanaan GST yang kini terbukti menyusahkan kehidupan, ditambah lagi dengan kutipan tol yang mahal di LPT2.

WhatsApp Image 2016-08-12 at 5.30.42 PM“GST yang menyusahkan belum selesai ditambah (beban) kadar tol yang tinggi sedangkan kos pembuatannya adalah dari duit rakyat negeri Terengganu,

“inilah tindakan paling tidak cerdik yang ‘membuta tuli’ menyebabkan rakyat akan terus hidup dalam kemiskinan akibat tindak tanduk pemimpin yang tidak amanah dan mempunyai kepentingan,”tegasnya.

Sehubungan itu, ADUN Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut menjelaskan bahawa apa yang berlaku kepada rakyat Terengganu hari ini adalah dari tindak tanduk pemimpin Umno yang tidak prihatin dan tidak sensitif kepada golongan marhaen.

“PAS melihat betapa rakyat dikhianati kerajaan negeri yang di pimpin oleh Menteri Besar sekarang begitu mudah dipergunakan oleh kerajaan pusat,

“sehingga sanggup melihat rakyat sendiri dibelenggu masalah kos sara hidup yang tinggi,”ujarnya.

Menurut mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu, rakyat menjadi ‘koho’ susah yang hanya cuma ‘mampu tengok’ saja.

“ingat koho mudah rupanya koho susah, rakyat cuma mampu tengok saja akhirnya, projek-projek buat pakai pitis kita, berat sangatlah Umno Terengganu ni,”tambah beliau.

Justeru itu, katanya, sampai masanya kepada rakyat untuk menjatuhkan Umno di negeri Terengganu dan mengembalikan kepada PAS pada pilihan raya umum ke-14, yang di jangka diadakan pada tahun hadapan.