SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI – BATU BUROK
1-Apakah asas yang digunakan oleh kerajaan dalam mengenakan tol ke atas pengguna LPT2? DITOLAK
2-Nyatakan status terakhir ladang kelapa sawit milik kerajaan Negeri Terengganu di bawah TDM Bhd, di Kalimantan, Indonesia? DITOLAK
HAJI ALIAS RAZAK – BUKIT TUNGGAL
1-Sila nyatakan jumlah ibu bapa di negeri ini yang menolak imunisasi bagi anak-anak mereka dan apakah alasan yang diberikan? DITOLAK
USTAZ MOHD NOR HAMZAH – BUKIT PAYONG
1-Berapakah kos menaik taraf pasar Bukit Payong dan nyatakan kontraktor yang dipilih untuk melaksanakannya?
J: Kos tersebut ialah sebanyak RM496,64.00, manakala kontraktor adalah daripada Syarikat Kontraktor AHM Resources. Kg Sena Rendang Bukit Payong dan projek ini mendapat peruntukan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
2-Sila nyatakan jumlah penerima bantuan raya 2016 mengikut kategori sumbangan dan Dun.
J: Jumlah penerima bantuan hari raya adalah seramai 219,716 orang dengan peruntukan sebanyak RM81.324 juta telah diagihkan dengan pecahan tertinggi kepada 138,818 orang miskin dengan peruntukan RM54.826 juta dan permohonan rayuan daripada 2118 orang dengan kos jangkaan RM836,300.00
3-Adakah fatwa pengharaman vape telah dilaksanakan dan berapakah kes penjual dan pengguna yang telah dikenakan tindakan ? Bagaimanakah status penjualan vape di Terengganu sehingga Julai 2016?
J: JHEAT yang bertanggungjawab membuat pengharaman. Penjual di kawasan MBKT semenjak Januari 2016 berkurangan daripada 20 penjual kepada lapan penjual sahaja dan dua penjual di Hulu Terengganu. MBKT masih dalam proses mengambil tindakan penguatkuasaan tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.
4-Adakah kerajaan Negeri memastikan langkah mewajibkan doktor perempuan sahaja yang menyambut kelahiran di hospital atau klinik di negeri Terengganu dan apakah usaha yangb dilakukan bagi menjayakan langkah ini? DITOLAK
5-Nyatakan loji-loji air yang membekalkan air bersih yang beroperasi dan adakah pihak kerajaan bercadang untuk membina loji baru ? Kenapakah bekalan air sentiasa bermasalah ketika musim perayaan?
J: K.Trg – 3, Kemaman- 2, Dungun- 2, Ketengah- 1, Hulu Trg- 2, Besut- 1, Setiu- 1(Jumlah : 12 loji). Kerajaan Negeri telah melantik sebuah syarikat untuk membina sebuah loji di K. Trg (dijangka siap pada 2019) dan satu di Kemaman (2018). Loji sedia ada tidak mampu menampung bekalan terutama di musim perayaan kerana menggunakan paip yang lama serta kecil.
ARIFFIN DERAMAN – ALOR LIMBAT
1-Nyatakan kawasan-kawasan yang telah diliputi oleh talian jalur lebar Unifi di negeri Terengganu. J : Telok Kalong, Kemasik, Chukai dan Hiliran.
2-Nyatakan status talian komunikasi telefon mudah alih di Hulu Dungun Terengganu. DITOLAK
HAJI HANAFIAH MAT – CHUKAI
1-Mengapakah Pelabuhan Kemaman memberi kebenaran semula kepada syarikat bauksit untuk mengeksportnya melalui Pelabuhan Kemaman? DITOLAK
USTAZ RIDUAN HASHIM – TELUK PASU
1-Apakah masalah yang berbangkit dalam Projek Pembinaan Masjid Kampung Kebor Air sehingga tidak dapat diserahkan kepada penduduk tempatan mengikut jadual yang ditetapkan ?
J : Dibenarkan dibina dalam tempoh berdenda, sekarang di peringkat kemasan terakhir. Kontraktor jamin projek tersebut akan siap pada 30 Julai 2016. Pemeriksaan akan dilakukan sebelum penyerahan dibuat pada Ogos ini.
2-Apakah syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan dalam kes kebakaran rumah kediaman yang disewa dan apakah tuan rumah berhak mendapat bantuan dan peruntukan daripada kerajaan? DITOLAK
HISHAMUDDIN ABDUL KARIM – TEPOH
1-Mohon senaraikan berapa jumlah kos perbelanjaan penyediaan 12,000 pek nasi dagang yang dikatakan terpanjang dalam Malaysia Book of Record? Apakah hasil yang diperolehi melalui pelaksanaan acara ini untuk kepentingan kerajaan negeri? DITOLAK
2-Sila nyatakan berapakah kos penyediaan produk pelancongan lampu dan air pancut bermuzik di Taman Tamadun Islam, bilakah ianya akan bermula dan apakah jangkaan hasil yang diperolehi oleh pihak kerajaan negeri melalui program ini? DITOLAK
3-Mohon makluman berapakah bilangan rakyat Terengganu yang dikategorikan sebagai penganggur sehingga Jun 2016? Sila nyatakan mengikut rekod siswazah atau bukan siswazah dan jantina. DITOLAK
4-Mohon penjelasan, apakah faktor dua kawasan utama di Terengganu iaitu Seberang Takir dan Gong Badak disifatkan sebagai lokasi kronik penagihan dadah seperti yang telah didedahkan oleh Berita Harian pada 14 Julai 2016? DITOLAK
5-Sila nyatakan tempoh jangkaan siap litar lumba permotoran Terengganu, kos pembinaan dan komponen-komponen yang dilengkapkan dalam litar ini.
J : Tempoh jangkaan siap 20 November 2016 dengan kos sebanyak RM12.685 juta. Litar ini akan dilengkapi dengan litar cub prix sepanjang 1.25 km, sprint test 1.0 km, 3unit grand stand, 4 unit spectator’s dan trek drift.
WAN HAPANDI WAN NIK – SURA
1-Berapakah kos bagi penambakan Pantai Telok Lipat, Dungun yang mengalami hakisan pada penghujung tahun 2015 dan nyatakan sumber peruntukan tersebut?
J : Kosnya adalah sebanyak RM4.477 juta bagi kawasan kritikal sepanjang 420m dan ditanggung oleh kerajaan.
2-Berapakah hasil pendapatan Majlis Perbandaran Dungun dari pelbagai sumber bagi tahun 2015?
J : Hasil cukai adalah sebanyak RM8.984 juta, hasil bukan cukai adalah sebanyak RM6.908 juta manakala terimaan bukan hasil adalah RM6.570 juta.
3-Berapakah jumlah kemalangan maut yang melibatkan penunggang motosikal di Negeri Terengganu bagi tahun 2015 mengikut pecahan daerah dan apakah langkah-langkah mengatasinya?
J : K. Trg- 6 kes, Besut- 5 kes, Dungun, Kemaman dan Marang- 4 kes dan Hulu Terengganu- 2 kes. Kerajaan akan adakan kempen pameran kesedaran keselamatan jalanraya, ceramah dan operasi.
4-Sila nyatakan jenis-jenis pembayaran yang dikenakan oleh Syarikat Air Terengganu (SATU) kepada pemilik kediaman untuk mendapat bekalan air bersih?
J : Caj yang dikenakan SATU ialah deposit, fi pemasangan meter, sumbangan modal dan duti setem.
HAJI ALIAS HARUN – RANTAU ABANG
1- Apakah perancangan kerajaan kepada tanah di Kg. Paya , Balai Besar dan Pengkalan Jering, Gong Pasir ? Sekiranya diagihkan kepada penduduk, berapakan jumlah lot yang telah diagihkan dan berapakah yang masih berbaki?
J : Dijadikan kawasan penempatan dan perancangan banjir. Keseluruhan Kg Paya Balai Besar ada 758 lot dan yang telah dibahagikan adalah sebanyak 358 lot manakala RTB Pengkalan Jering ada 308 lot dan yang telah diagihkan adalah sebanyak 246 lot.
2- Apakah perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah banjir di kampung pinggiran sungai seperti Kg. Binjai Che Lijah, Serdang, Keliyu, Delong , Burung Baru dan Padang Pulut ? Bilakah ianya akan dilaksanakan?
J : Bajet sebanyak RM20 juta untuk RMK11 telah pun dipohon tetapi belum diluluskan.
3-Merujuk mangsa korban terbaharu di kawasan Air Terjun Lubuk Kain Kampung Shukur Hulu Dungun, mangsa seorang pemuda, Yusof Bulhayat, 24 tahun, daripada Kemaman (merujuk laporan akhbar Sinar Harian Ahad 17 Julai 2016). Apakah tindakan segera bakal diambil untuk mencegah kejadian korban di kawasan ini? Berapakah jumlah mangsa yang telah terkorban sepanjang kawasan dibuka? DITOLAK
Catatan;
1. Jumlah penerima dana hari raya dalam kategori miskin ialah seramai 138,818 orang, sedangkan dalam jawapan sidang yang lalu, mb mendakwa hanya 30883 orang miskin dan 4571 fahir sahaja di Terengganu
2.Jawapan yang disediakan, diringkaskan kerana terlalu panjang tetapi tidak terkeluar dari maksudnya*
3.Sidang berlangsung selama tiga jam setengah sahaja





























