Kita Tunggu PRU-14

1161

Oleh : zulshawal

KUALA TERENGGANU – Mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut berpendapat cara terbaik menyelesai krisis politik UMNO tanpa menyusahkan pelbagai pihak terutamanya rakyat adalah menunggu PRU akan datang.

‘Jika berlaku election (PRN), seluruh negara akan tumpu ke sini, seluruh jentera dari seluruh negara akan turun bantu BN. Begitu juga dengan kita (PAS). Tambahan pula mereka ada duit dan jentera’, jelas YB Hj Mohd Abdul Wahid.

Ketika ditanya jangkaan PRU14 berlaku, beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam mengandaikan akan berlaku dalam tempoh setahun.

sidang dun ogos‘Ye, dalam masa setahun lagu. Jadi, saya mohon ‘be cool down’.. kita bertenang tunggu selaras dalam PRU.’ Tambah beliau ketika ditemui di Wisman Darul Iman hari ini.

Beliau berkata demikian, setelah penangguhan sidang dewan sebentar tadi di perkarangan Lobi Dewan Sidang Undangan Negeri

Krisis politik BN Terengganu apabila bekas Menteri Besar, YB Dato’ Seri Ahmad Said mula menyerang secara terbuka pentadbiran Negeri Terengganu. Pendedahan yang melibatkan pelbagai penyewengan takbir urus antara pembiayaan terhadap LPT2 oleh kerajaan negeri.

Dalam sidang dewan yang lepas, Ahmad Said pernah mengusulkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar sekarang, YB Ahmad Razif Abdul Rahman.

Sidang kali ini berakhir jam 12.30 petang setelah ditangguh oleh Speaker Dewan, Dato’ Zuber Embong.

https://youtu.be/iyNysEoG7Ww