Terengganu, Malaysia

Kerajaan Umno dan BN Menipu Rakyat

Kerajaan Umno dan BN Menipu Rakyat

DUNGUN – Kerajaan Umno dan Barisan (BN) Nasional menipu rakyat dengan para pemimpinnya dan media kerajaan berkempen mengatakan bahawa perlaksanaan GST akan memberi kemudahan kepada rakyat.

IMG_20160804_165225Sebaliknya, kaum Tionghua bersetuju dengan ADUN Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik yang berkata, tidak ada barangan yang murah selepas perlaksanaannya bahkan GST terbukti menyusahkan hidup rakyat.

“semua terlibat…….bukan peniaga sahaja, pengguna masyarakat (dan) rakyat,yang miskin pun kena cukai sebanyak 6 peratus. Sedangkan dalam TV (kerajaan) beritahu GST akan turunkan cukai dari 10% kepada 6%……..,”

“dia kata barang akan murah…………kereta akan murah………itu apa yang dia sebut, rakyat seolah-olah percaya…..,

“tapi apabila dilaksanakan pada bulan April 2015 lalu, sudah setahun lebih, terbukti GST adalah satu cukai yang menyusahkan rakyat!,”tegasnya.

Screenshot (759)Kata-kata beliau disahut dengan perkataan ‘Ya’ oleh lebih 100 orang hadirin Tionghua Dungun yang datang pada Majlis Sempena Hari Raya yang diadakan di Batu 5, Jalan Dungun Kuantan.

Lebih teruk, menurut beliau, harga barangan yang telah kena GST dan yang tidak kena GST, semuanya naik, menjadikan kehidupan rakyat semakin ‘terhimpit’.

Sesudah itu, kata beliau, rakyat Terengganu terpaksa pula menanggung pembayaran tol yang mahal di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), sedangkan pembinaan itu adalah menggunakan wang hasil royalti, milik rakyat Terengganu.

https://youtu.be/bDEJCzRp6I0

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan