Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Asas Talaqqi; Nabi Muhammad SAW Bertemu Jibril AS

Haron Din2

Saya berada bersama anda semua, hadirin,hadirat di majlis yang besar ertinya di Majlis Perasmian Pusat Talaqi, yang sememangnya saya berazam dan telah buat persediaan untuk datang merasmikan Pusat Talaqqi ini, tetapi apalah daya saya, dengan kita hanya merancang dan berusaha tetapi Allah telah mentakdirkan dengan takdirnya,saya tidak berdaya dan tidak berkudrat, cuba juga datang, atas sebab itulah saya meminta uzur, meminta maaf, meminta ampun kerana tidak dapat datang merasmikan Pusat Talaqi ini.

Namun hati saya, pemikiran saya bersama- sama dengan anda, melihat tertubuhnya Pusat Talaqqi.

Kita mengingatkan balik, banyak orang lupa, atau pun tidak memberi perhatian, adanya ayat; “Sesungguhnya kamu wahai Muhammad akan menerima talaqi daripada perkataan ‘laqiah’”, ‘liqa’, macam qur’an sebut dalam surah Al-Kahfi, ayat al-Qur’an. Nabi Musa dan Nabi Khaidir berjalan dan ‘liqa’ iaitu berjumpa dengan budak kecil,dan bunuh budak ini, saya tak nak ambil cerita ini. Saya nak ambil ‘liqa’ ini.

Haron Din1Liqa’ iaitu pertemuan. Ilmu disampaikan melalui pertemuan. Asasnya nabi bertemu dengan Jibrail. Jibrail Allah izinkan menjadikan dalam bentuk ‘in person’, insan macam kita jugak, itulah bertemu.

Itulah satu masa kita dengar dahulu, hadis sahih, datang Jibrail, datang jumpa Nabi Muhammad dalam masjid tengah-tengah orangramai. Dia duduk dengan dua lututnya,rapat dengan lutut nabi.

Itu liqa, itu wahyu sama dengan al-Qur’an ini yang turun dalam bentuk manusia, yang jelas nampak mengajar manusia.

Dan kamu akan terima Al-Qur’an itu, terima bacaan. Daripada Allah SWT , yang Maha Bijaksana, Lagi Maha Mengetahui.

Ini sekaligus untuk menyatakan bahawa Pusat Talaqqi ini, akan menghidupkan ilmu Islam dengan cara talaqi, liqa. Bukan sekadar baca kitab atau dengar dalam media maya,media massa, jauh dengan orang yang sampai, berapa lama, berapa jauh.

Ilmu Islam ini, ia hidup dengan cukup nyata dengan adanya pertemuan antara guru dengan murid.

Mengadap, menerima ‘direct’, selepas diterima , liqa’ kena tasmiq. Tasmiq , guru tanya ,guru suruh ulang balik. Macam Jibrail suruh Nabi Muhammmad ulang balik. Baca semula Al-Qur’an.

Haron DinItulah menarik hati saya. Daripada awal saya bertemu dengan penganjur-penganjur Pusat Talaqqi ini. Menarik minat saya kerana saya nampak ada pembaharuan, ada sesuatu yang boleh diketengahkan kepada masyarakat. Nilai-nilai yang amat tinggi.

Atas itulah, atas keuzuran saya, sempat saya sampaikan beberapa patah perkataan menyatakan kegembiraan saya, telah adanya usaha yang bersungguh untuk mewujudkan satu pusat seperti ini.

Jadi kita sepatutnya kita memberi apa yang boleh kita beri, menyokong apa yang boleh kita sokong, memantapkan apa yang ada pada kita, menyambung kesinambungan ilmu Islam itu terus hidup di dalam masyarakat dalam keadaan segar, lurus dan jelas matlamat yang hendak dituju iaitu mardhatillah. Mencapai matlamat untuk keredhaan Allah SWT.

Atas itulah saya mohon lagi sekali memohon maaf kerana tidak dapat bersama anda sekelian, hanya hati saya sahaja bersama tuan-tuan dan puan-puan dan doa saya tidak putus-putus ‘siiru ‘ala barokatillah’, wattaqokumullah, wayahdikumullah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

***Ucapan Musyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din Pada Majlis Makan Malam Dana Pembinaan Pusat Talaqqi Batu Rakit

https://youtu.be/NssYBAxVt5Y

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan