KUALA TERENGGANU – Ameerah, yang lebih fokus kepada remaja-remaja wanita berusia antara 21 hingga 40 tahun, merancang pelbagai aktiviti bagi memperkasakan anggotanya seperti Ameerah Camp, program ziarah rumah ke rumah, serta kebajikan dan lain-lain lagi.


Katanya, beliau mengesan cabaran yang paling besar dihadapi Ameerah, apabila segelintir masyarakat termasuk di kalangan pengundi muda wanita beranggapan politik itu ‘kotor’ serta tidak perlu dicampuri urusannya.
Hal demikian, katanya, menyebabkan mereka tidak ambil peduli mengenai pemerintahan dan semua parti politik adalah sama untuk kepentingan diri sahaja.
“Kita (Ameerah) lebih fokus kepada remaja-remaja wanita berusia antara 21 hingga 40 tahun, terutama yang pertama kali boleh mengundi.


“Sebab itu, politik ini tidak kotor bahkan mulia jika kita dapat uruskan dengan baik, jujur dan amanah dengan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat,” ujarnya.
Menurutnya, antara kaedah penerangan berstrategi Ameerah adalah mengedarkan risalah-risalah isu semasa, tentang PAS dan agama Islam itu sendiri.
“Kami (Ameerah) santuni mereka (golongan sasar) di tempat-tempat terbuka, kita bawa dan edar risalah-risalah isu semasa, tentang PAS dan agama Islam.


“Maknanya, kita (Ameerah) ada golongan sasaran dan berstrategi dalam melaksanakan perancangan itu, Insya’Allah,” jelasnya.
Oleh itu, kata beliau, setiap anggota Ameerah perlu jelas perjuangan dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) agar tidak menimbulkan masalah.




























