

Bagaimanapun, laporan Reuters menyatakan, pertubuhan politik yang dilarang membentuk sebuah parti politik di bawah Hosni Mubarak, Ikhwanul Muslimin, berkata wakilnya tidak diundang menyertai kabinet dan ia menolak rombakan itu, sambil menekankan semua menteri di bawah Encik Mubarak harus disingkir.
Rombakan itu tidak termasuk jawatan menteri pertahanan, luar, kewangan dan dalam negeri. Tidak jelas apakah perubahan akan diumum bagi jawatan-jawatan utama itu. Fil Marsyal Mohamed Hussein Tantawi, yang mengetuai majlis tentera, telah menjadi menteri pertahanan Mesir selama 20 tahun.
Rombakan kali ini menyertakan beberapa muka baru. Yehia el-Gamal, pakar undang-undang dan aktivis parti Persatuan Kebangsaan bagi Perubahan, yang dipimpin Mohamed El-Baradei, dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Setiasaha agung parti Wafd, Mounir Abdel Nour, menjadi menteri pelancongan, sementara Gowdat AbdelKhaleq, daripada parti pembangkang Tagammu, menjadi menteri perpaduan sosial dan keadilan, lapor akhbar Al-Gomhuria
Amr Hamzawy, anggota panel pengantara proses penyelesaian pemberontakan, menjadi menteri belia, manakala Encik Mohamed El Sawy dan Ahmed Gamal El-Din masing-masing menjadi menteri imigrasi dan pendidikan tinggi
Sementara itu Ikhwan telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah parti politik, Horeya wa Adala (Parti Kebebasan dan Keadilan)
Pengerusinya, Dr Mohamed Badie diumumkan dalam sidang akhbar bahawa keahlian terbuka untuk setiap rakyat Mesir yang bersedia mengikuti program dan dasae parti
Beliau berkata, pembentukan parti politik itu adalah sebagai jawaban atas, harapan keinginan dan aspirasi Mesir untuk masa depan yang cerah dan pemulihan prestij negara serta peranan kepimpinan.




























