Penggubal undang-undang (Ahli Parlimen) Tunisia kelmarin meluluskan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Habib Essid, yang mengakhiri kuasa beliau dalam kerajaannya.
Hasilnya, walaupun dijangka, menyebabkan Tunisia terpaksa mencari kerajaan baru yang menimbulkan ketidakstabilan baru dalam negara tersebut sejak revolusi ‘Arab Spring’ pada tahun 2011.
Bercakap sebelum pengundian dilakukan pada Sabtu, Essid (gambar kanan) berkata beliau mengetahui bahawa undi tidak percaya akan dibuat karas dirinya.


Kerajaan campuran yang dipimpin Essid ditubuhkan bulan Februari 2015, memerlukan 109 undi memihak dengan majoriti mudah 217 kerusi di parlimen untuk terus berkuasa.
Pada 20 Julai lalu, Essid mengumumkan bahawa beliau akan mendapatkan ‘undi kepercayaan’ ekoran tekanan politik yang dari pelbagai parti yang mendesak mahu meletakkan jawatan.
Presiden Beji Caid Essebsi, yang menyeru kepada sebuah kerajaan perpaduan pada Jun, dijangka dinawarkan mandat dalam tempoh 10 hari akan datang.




























