Muslimat Seru Golongan Wanita ‘Peka Isu’

2212

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Terengganu giat memberi penerangan di pelbagai peringkat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan wanita di negeri ini khususnya berhubung perkembangan politik dan isu semasa yang berlaku dalam negara.

ZaraniTimbalan Ketuanya Hajah Zarani Othman, antara perkara utama adalah isu memartabatkan undang-undang Islam dan pembentangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) untuk memperkasa Mahkamah Syariah.
“Untuk kita terus istiqamah dalam perjuangan, teruskkan bekerja meninggikan agama Allah. Khususnya kita sentiasa berdoa memberi sokongan kepada Dato’ Seri Presiden kita yang akan membentangkan AKta RUU undang undang 355 sekali lagi di sidang dewan rakyat pada bulan 10 yang akan datang,

“kepada tetamu dan hadirin yang hadir, marilah kita sama sama bagi sokongan kepada presiden kita di samping kita bermunajat kepada Allah. Semoga perbentangan itu akan diluluskan oleh dewan rakyat pada bulan Oktober nanti,”ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Terengganu di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Khamis 28 Julai.

20160728_131916Sehubungan itu, Ketua Penerangannya, Hajah Maznah Muftahuddin menyeru para wanita agar prihatin dengan isu-isu yang berlaku terutamanya isu-isu besar dan serius.

Katanya, Penerangan PAS Negeri telah mengambil perjalanan meningkatkan bilangan penceramah untuk menyampaikan penerangan berhubung isu-isu penting bagi memberi kesedaran kepada golongan sasar.
“Penerangan diberi dari semasa ke semasa. Maknanya kita dari peringkat penerangan Muslimat pun, kita cuba rekrut seramai mungkin ejen-ejen penerangan untuk beri maklumat.

“Jadi masing-masing akan turun ke akar umbi untuk sebarkan maklumat,” katanya.
20160728_125712Katanya, mereka akan memberi fokus kepada sebahagian besar golongan wanita tidak begitu sensitif terhadap isu berkait dengan persekitaran mereka, kerana secara langsung ia sebenarnya memberi impak tinggi dalam kehidupan seharian.

Lebih-lebih lagi katanya, mereka yang berada di luar bandar kurang peka berikutan mereka menguruskan hal ehwal diri dan keluarga serta sudah terbiasa dengan bebanan ekonomi.

“Mungkin kerana masalah tekanan hidup, jadi dia tidak rasa diri dia terpanggil (memperjuangkan perkara yang berlaku) kerana isu-isu dengan rutin hidup dan tekanan ekonomi.

“Jadi, mereka terpaksa meneruskan kelangsungan hidup. Apabila datang keadaan yang membebankan mereka, mereka sudah biasa,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan ada segelintirnya tidak nampak isu sebenarnya yang berlaku kerana menganggap bebanan yang berlaku ketika ini lumrah biasa.

Katanya, penerimaan dalam kalangan yang berpendidikan agak lain kerana mereka lebih mengambil tahu isu-isu sekeliling yang berlaku.

“Kita hendIMG-20160728-WA0247ak tanamkan perasaan dan juga kesedaran dengan apa yang berlaku supaya mereka sensitif terhadap apa yang mereka alami contohnya hasil daripada GST dan apa yang kerajaan laksanakan,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Terengganu Hajah Zaitun Salleh menyifatkan rumah terbuka Badan PAS Terengganu meriah.

Beliau menyarankan PAS turut melibatkan semua golongan dalam menyambut hari-hari kebesaran, selain hari raya.

“setiap tahun juga rumah terbuka kita dihadiri oleh semua lapisan masyarakat. Dari awal hingga hujung. Program seperti ini patut kita adakan kerana dalam rangka bagi memasyarakatkan PAS,

“maka seeloknya kita mendekati rakyat, dapat bertemu mesra, menjamu selera, bercakap secara santai. Inilah antara perkara yang baik yang patutu kita lakukan.

“Saya rasa, program seperti ini bukan sahaja di hari raya patut buat, kita patut buat juga ada hari yang lain, iaitu hari kebesaran Islam,”ujarnya.

Katanya 20160728_131634pertemuan dan perjumpaan dalam majlis-majlis seperti itu dapat meringankan beban kesempitan hidup kesan tekanan ekonomi masa kini.

“Pada hari ini, kita tengok rakyat semakin hari semakin sempit kehidupan mereka disebabkan oleh harga barang meningkat, disebabkan oleh beban bagi membiayai pendidikan anak anak memang rakyat tersempit,

“kos rawatan rakyat, memang kita berada di dalam kesempitan. Kita bersemuka dengan rakyat, dan kita bertanya khabar dengan mereka sekurang kurangnya ringan beban mereka,”jelasnya