Kembalikan Pemerintahan Islam Di Bumi Tok Ku Paloh Ini!

1626

BESUT – Rakyat Terengganu digesa bersatu untuk memenangkan PAS dalam pilihan raya akan datang dan mengembalikan pemerintahan Islam di negeri ini sebagaimana yang telah diasaskan oleh Tok Ku Paloh dahulu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr. Ustaz Riduan Mohd Nor berkata realiti politik semasa sekarang adalah, Islam dikepung dari setiap sudut umpama peristiwa perang Ahzab yang berlaku pada bulan Syawal.

“ini lah realiti Islam pada hari ini, kita lihat musuh keliling kita, menyerang kita, mencerca kita, mengaibkan kita, menfitnah pimpinan kita, kerana akidah perjuangan yang dibawa oleh PAS untuk menegakkan agama Allah,

“untuk menegakkan syariat Islam, dalam sambutan hari raya ini kita teruskan perjuangan kita untuk kita memenangkan Islam di negeri tercinta, kita kembalikan Islam di tanah Tok Ku Paloh ini,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Jamuan Sempena Hari Raya PAS Kawasan Besut di hadapan bangunan PAS Kawasan pada Ahad, 10 Julai.

DSC_0013Sempena dengan sambutan hari raya, beliau mengajak seluruh umat Islam memperingati peristiwa perang Ahzab yang berlangsung pada bulan Syawal tahun 5 hijrah itu.

Katanya, tema perang Ahzab itu diangkat setiap kali kita menyambut hari raya.

“dimana kita laungkan Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar…………..di mana (berlakunya) perang Ahzab bermakna bergabung kekuatan musyrikin seramai 10,000 orang kerajaan kafir bergabung dengan kabilah Arab,

“Allah memberikan bantuan kemenangan kepada pejuang Islam sebagaimana kita membaca surah Ahzab ayat 9, wahai orang orang yang beriman, ingatlah kamu nikmat Allah kepada kamu ketika datang musuh dan mengirimkan kepada mereka ribut taufan, angin kencang, dan tentera-tentera Alla yang tak nampak,” jelasnya.

Bekas calon PAS bagi Parlimen Besut itu menyifatkan, Majlis Hari Raya PAS Besut berjaya kerana ia mendapat sambutan yang cukup baik dikalangan masyarakat.

“Pelbagai lapisan masyarakat mereka berhimpun sejak jam 9.30 pagi dan inshaAllah berakhir jam 1.30 petang ini,

“dan juga pada hari ini perantau Besut telah mengagihkan 51 hamper kepada 51 orang penggerak PASTI, yang bertungkus lumus yang melakukan jihad ta’lim. Iaitu mengasuh anak anak sekolah di kawasan Besut ini,”tambah beliau.

https://youtu.be/X4g5BQxs5dQ