Catatan Ramadhan 5 : Dermawan Adalah Sifat Orang Berpuasa

3018

Oleh : Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Ibnu Abbas radiyallahu anhuma dalam Hadis Bukhari menceritakan perihal Baginda saw

‏ ‏كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ ‏ ‏جِبْرِيلُ ‏ ‏وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ ‏ ‏الْمُرْسَلَةِ ‏

“Rasulullah saw merupakan orang yang paling dermawan. Baginda lebih dermawan pada bulan Ramadhan ketika baginda ditemui oleh Jibril. Jibril mendatangi Rasulullah saw pada setiap malam Ramadhan lalu menyemak bacaan al-Quran (tadaarus) dengan baginda. Baginda saw benar-benar lebih dermawan melakukan kebajikan berbanding angin yang diutuskan (membawa hujan).”

slide_6Sikap dermawan mengambarkan jiwa seseorang yang tidak terikat hati dengan kebendaan. Dunia dan harta bagi seorang dermawan sangat kecil nilainya lalu dia bersedia untuk berkongsi dengan insan lain.

Bulan Ramadhan menerusi amalan berpuasa, berqiyam malam (bertarawih) dan membaca al-Quran mendidik jiwa untuk lebih mencintai akhirat berbanding dunia.

Justeru, baginda saw apabila masuk bulan Ramadhan lebih dermawan berbanding hari-hari lain.

Setiap orang boleh membelanjakan hartanya di jalan Allah menurut kadar kemampuan masing-masing. Malah walau dengan sebelah buah kurma yang dilihat tidak ada nilai namun ia tetap dinilai di sisi Allah.

Moga kita bersedia mencontohi Rasulullah saw.