Ambil Kesempatan Ziarah

1286

Dalam kesibukan sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man masih sempat meluangkan masa menziarahi seorang bekas Ketua Cawangan PAS Bendang Kering.

Cikgu Jamaluddin Mohd Nor yang menghidapi stroke semenjak 2003 dan keluarganya merasa sangat gembira atas lawatan Timbalan Presiden itu.

_DSC0125Cikgu Jamaluddin yang masih istiqamah bersama PAS, turut memberikan bantuan kepada kontijen Terengganu yang ditugaskan di Unit Peti Undi Bendang Kering dengan segala kekuatan yang beliau mampu.

Menurut beliau, ketika beliau terkena stroke, beliau tidak mendapat sebarang keistimewaan malah sebaliknya, beliau ditugaskan mengajar ke Pengkalan Hulu, kira-kira dua jam dari Kuala Kangsar.

Namun beliau tetap bertugas dan tidak merasa dendam kerana sudah memahami asam garam menyokong PAS.

Beliau yang sekarang berkerusi roda, sentiasa tersenyum apabila bercakap dengan Dato’ Tuan Ibrahim dan tetamu lain, menyerlahkan keceriaan beliau dengan lawatan itu, walaupun uzur.

Dato Tuan Ibrahim meluangkan masa kira-kira 10 minit bertanya khabar dan bercerita dengan Cikgu Jamaluddin dan membacakan sedikit doa sebelum mengundur diri bagi program ceramah yang telah diatur.