Oleh : NM
HULU LANGAT – Hampir semua jemaah solat jumaat di Masjid Batu 10 Cheras, mengambil bahagian sembahyangkan jenazah dua beranak yang terlibat dengan kemalangan langgar lari ketika melintas jalan untuk ke surau di Sungai Besar.
Arwah, Shariff Mohd Din bersama anak lelaki beliau, Mohd Riduan Mohd Shariff meninggal dunia akibat cedera parah akibat rempuhan kuat. Mangsa yang bertugas sebagai petugas kempen di PRK Sungai Besar.
Allahyarham merupakan aktivis PAS Kawasan Hulu Langat yang sangat aktif & banyak menyumbang untuk masyarakat dan menjawat beberapa jawatan penting Pas Kawasan. Beliau juga merupakan Nazir Masjid Kampung Batu 10 Jalan Cheras.


Selepas itu jenazah di bawa dengan dua buah kenderaan jenazah ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 10 Cheras yang terletak beberapa kilometer dari Masjid sambil diiringi Unit Amal.
Kedua-dua jenazah ini selamat disemadikan jam 3 petang dan turut dihadiri rakan arwah. Suasana di tempat pengebumian menjadi sayu bila iman mendoakan agar arwah diampunkan dosa-dosanya di dalam bahasa melayu. Sebahagian orang ramai yang hadir tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr.Che Rosli Che Mat beberapa kali dilihat menyapu air mata. Kelihatan juga Pesuruhjaya Pas Wilayah, Haji Mohd Nor dan beberapa pemimpin Pas lain.





























