DHPP Yakin Islam Penyelesaian Masalah

2011

Oleh KAM

PENGKALAN CHEPA – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) disemua peringkat secara terbuka menyatakan sokongan padu Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan yakin penyelesaian masalah hanya dengan Islam.

Pengerusinya, N.Balasubramaniam melahirkan rasa yakin dengan penyelesaian Islam dalam segala masalah yang melanda negara dan dunia amnya.

Bahkan, beliau bangga kerana orang bukan Islam dalam DHPP boleh bersama dengan parti Islam yang berjuang Islam untukrakyat.

“Inilah yang kita (non-muslim) mahu dan ini satu tema yang baik sebab semua penyelesaian ini boleh dibuat hanya melalui ikut Islam sahaja.

Bala DHPP1“Islamlah penyelesaiannya dan kami (DHPP) bangga kerana bukan Islam bolehlah bersama dengan parti Islam (PAS), berjuang untuk Islam dan untuk rakyat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-62 berhenti rehat selepas ucapan dasar Presiden PAS, di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 2 Jun.

Mengulas mengenai saranan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar PAS mengamalkan pendekatan ‘Budaya Politik Matang Sejahtera’, DHPP menyambut baik tindakan tersebut.

Katanya, budaya politik matang dan sejahtera yang dibawa oleh PAS boleh menyelesaiakan masalah dengan Islam.

“Inilah peluang saya bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin PAS. Saya harap rakyat Malaysia kena fokus kenapa PAS boleh bawa tema ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera’ ini dan dengarlah ucapan dasar dari Presiden PAS ini.

“Segala-galanya Islam yang boleh menyelesaikan masalah dan Islam itu adil untuk semua.

“Islam juga akan bela non-muslim, dia tidak akan dipinggirkan termasuk dalam bab bahasa ibunda semua kaum. Dia tidak akan dipinggirkan sebab itu hak mana-mana kaum.

“Islam itu rahmat untuk semua. Saya rasa sesuailah non-muslim pun boleh ikut parti (PAS) ini,” jelasnya.

Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-62 itu bermula 31 Mei hingga 3 Jun 2016 berlangsung dalam suasana harmoni dengan semangat persaudaraan Islam.