Dewan Ulamak Lulus Usul Tubuh Pasukan Petugas Khas Penerangan Isu Pindaan Akta 355

1082

PASIR PUTIH – Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan resolusi yang menyeru untuk menubuhkan pasukan petugas khas menerangkan cadangan pindaan undang-undang syariah itu.

Usul itu dibentangkan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Dr Johari Mat yang mengatakan bahawa pindaan syariah dicadangkan telah sebahagian besarnya disalah faham oleh sesetengah pihak.

“Dengan mengambil kira komen-komen negatif mutakhir oleh beberapa parti politik bukan Islam dan kumpulan, telah diputuskan bahawa,

“satu pasukan petugas khas perlu ditubuhkan oleh jawatankuasa pusat untuk menerangkan pindaan kepada Ahli Dewan Negara, ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,” katanya ketika membentangkan usul itu pada Muktamar Kali ke-55, Dewan Ulama PAS di sini pada Rabu, 1 Jun.

IMG_20160601_181043Beliau berkata pasukan petugas itu perlu melibatkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan Islam yang lain untuk mewujudkan kesedaran awam yang lebih baik berkenaan dengan pindaan tersebut.

Katanya, badan-badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Mufti dan Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) juga perlu memainkan peranan dalam memastikan pindaan dilaksanakan.

Dr Johari melahirkan kepercayaan bahawa semua umat Islam perlu menyokong pindaan itu, dan berkata ia bertujuan meningkatkan kuasa mahkamah syariah di Kelantan.

Beliau menambah bahawa undang-undang syariah hanya terpakai kepada orang Islam dan oleh itu, orang bukan Islam tidak perlu terlalu bimbang atau vokal dalam isu ini.

“Kami mempunyai tahap toleransi yang tinggi di negara ini.

“Ada amalan agama-agama lain yang kita mungkin tidak bersetuju tetapi kita berdiam diri,” katanya.