PAS Pilihan Masyarakat Batu Rakit

1196

SETIU – PAS Batu Rakit yakin sokongan masyarakat akan memihak kepadanya dengan sambutan luar biasa masyarakat di dalam program ‘PAS Cakna Rakyat’ yang di adakan di setiap Unit Peti Undi (UPU) setiap bulan.

Pengarah Program Ustaz Shafizi Ismail berkata, PAS sudah bersedia untuk kembali ke Wisma Darul Iman untuk menjadi kerajaan yang lebih baik.

IMG-20160529-WA0113“Alhamdulillah…………sambutan sangat baik, sungguh memuaskan……….semua golongan tidak kira perbezaan politik telah menyertai program kita,

“dengan sambutan luar biasa masyarakat di UPU ini kita yakin in shaa Allah, PAS akan menjadi pilihan untuk menang,”ujarnya.

Katanya, semangat ‘ukhuwah’ yang cukup baik menggambarkan masyarakat meletakkan PAS sebagai pilihan utama bagi menggantikan Umno dalam pilihan raya umum nanti.

Menurut Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu merangkap Ketua Pemuda PAS Batu Rakit, program yang berlangsung sehari, bermula dengan gotong royong pada Jumaat diakhiri dengan ‘Sembang Santai BBQ’ bersama ADUN Manir, pada sabtu malam.

Sehubungan itu, YB Ustaz Hilmi Harun yang di temui selepas selepas program, mengingatkan petugas agar terus istiqamah dan bekerjakeras dalam menarik masyarakat untuk mengundi PAS.

IMG-20160529-WA0112“kita perlu terus bekerja terutama di peringkat akar umbi kerana kejayaan terletak pada akar umbi yang istiqamah,”katanya

Sebanyak 20 buah rumah telah di ziarahi, rawatan as-syifa dan bacaan Yaasin telah berjaya di adakan sebagai tanda prihatin dan khidmat kepada golongan yang memerlukan.

Sementara acara sukaneka, pertandingan dart, memanah dan mengail di tali air telah berjaya menarik lebih 150 penyertaan terdiri daripada penduduk UPU terbabit dan masyarakat berdekatan.