Terengganu, Malaysia

Kerajaan ‘Razif’ Gagal Selesai Masalah Penduduk Kampung Pasir Putih

Kerajaan ‘Razif’ Gagal Selesai Masalah Penduduk Kampung Pasir Putih

MARANG – Kerajaan Umno dan Barsan Nasional (BN) Terengganu masih gagal menyelesaikan masalah penduduk yang terlibat dengan pengambilan balik tanah Projek Melebarkan Laluan F3 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan.

IMG_20160527_020625Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Penduduk Kampung Pasir Putih, Haji Mohd Deraman (Gambar kiri) berkata, mantan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said telah bersetuju untuk memberikan bayaran kepada penduduk yang terlibat.

“Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu bulan April, 2014, MB Ahmad Said telah bersetuju membuat bayaran setelah mengakui, siasatan jabatan mendapati, pemilik baharu tidak dimaklumkan pengambilan tanah daripada milik asal.

“Geran baharu menurutnya, telah didaftarkan 15 Januari 2007 tetapi sebahagian penduduk masih belum mengambil geran tersebut,”jelasnya.

Katannya, penduduk kampung telah bersetuju dan menerima keputusan karajaan mengambil semula tanah mereka.

IMG_20160527_020318Namun sehingga kini, beliau berkata, pentadbiran kerajaan dibawah pimipnan MB baharu Haji Ahmad Razif, tidak mahu bertemu dengan penduduk kamung dan mennyelesaikannya secara baik.

“penduduk boleh terima dan memperakui pengamilan semula tanah tersebut, walaupun terdapat kecuaian pihak kerajaan yang gagal menyempurnakan tata cara pengambilan,

“mereka hanya mahu menuntut ganti rugi terhadap bangunan dan rumah mereka yang dibina dengan hasil titik peluh mere sendiri………itu sahaja,”tegasnya,

Menurutnya, beliau telah memohon ‘temujanji’ dngan MB sejak Julai tahun lalu, sehingga kini masih masih belum mendapat jawapan sebarang jawapan.

IMG_20160527_020404Oleh kerana itu, kata beliau, penduduk terbabit tidak berpindah kerana ia melibatkan belanja yang besar kepadamereka untuk membina rumah dan premis yang baru.

“mereka nashi tinggal didalam rumah-rumah mereka menyebabkan pembinaan jalan itu tidak dapat disiapkan dengan sempurna,

“sebab itu kalau kita lalu di jalan (raya itu) kampung ini, ada rumah-rumah yang masih terletak di tengah jalan,”jalasnya lagi.

Katanya, ia sangat membahayakan kepada kepada pengguna jalan itu, namun mereka tiada pilihan kecuali keranaam memberi mereka pampasan untuk berpindah.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan