Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Fokus PRK Sungai Besar – Iskandar A. Samad

Fokus PRK Sungai Besar – Iskandar A. Samad

Pagi tadi saya telah melancarkan Program Insentif Untuk Pangsapuri Kos Rendah Sempena Kempen Jimat Air Negeri Selangor 2016.

Pelancaran telah diadakan di PPRK Kampung Baru HICOM, Seksyen 26, Shah Alam.

Selepas pelancaran telah diadakan sidang akhbar seperti biasa.

Setelah menjawab soalan-soalan berkaitan program tersebut, wartawan-wartawan telah bertanya tentang PRK Sungai. Besar.

Saya telah memberitahu mereka saya tidak akan menjawab apa-apa soalan tentang PRK itu tetapi akan membaca kenyataan seperti berikut,

Fokus PAS sekarang adalah untuk memenangi PRK Sungai Besar.

Kami sudah menggerakkan jentera tempatan, jentera kawasan-kawasan di Selangor dan jentera negeri-negeri.

Sg. Besar adalah kerusi tradisi PAS dan keputusan PAS untuk bertanding di situ tidak sepatutnya dipertikaikan oleh sesiapa.

Kami yakin PAS mempunyai peluang yang cerah pada PRK ini kerana terdapat pelbagai isu tempatan dan nasional akibat dari kebobrokan pentadbiran UMNO Barisan Nasional.

Saya yakin jentera dan ahli-ahli PAS akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada PRK ini dan tidak akan melayani isu-isu yang bertujuan untuk mengganggu tumpuan ini.

Mengenai isu-isu kerajaan negeri yang sedang mendapat perhatian media, kami serahkan kepada pimpinan tertinggi PAS untuk diselesaikan dengan baik.

Media juga telah membuat spekulasi tentang pertemuan di antara YAB Dato’ Menteri Besar dan EXCO-EXCO PAS.

Kandungan pertemuan tersebut adalah tidak penting tetapi yang penting adalah pengumuman beliau semalam bahawa PAS kekal bersama pentadbiran kerajaan negeri.

Iskandar A. Samad
Pesuruhjaya PAS Selangor

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan