1160 Wau Terbang Melayang Di Bukit Payong

1795

MARANG – Sebanyak 1160 diterbangkan dalam Partandingan Wau Bulan 2016 Tegak peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong yang bermula pada Jumaat 20 Mei.

IMG-20160520-WA0060Pengarahnya Ustaz Buniyamin Razimi berkata, pertandingan merebut Piala ADUN Bukit Payong itu akan berlangsung selaa tiga hari sehingga Ahad.

“Partandingan Wau Bulan Tegak Peringkat DUN Bukit Payung ini adalah anjuran Pemuda PAS yang berlansung selama tiga hari bermula hari ini Jumaat 20hb sehingga Ahad 23hb Mei,

“Alhamdulillah, penyertaan diluar jangkaan menjangkau 1160 buah wau yang berdaftar dalam kejohanan kali ini,”ujarnya

Beliau berkata, selain Piala, para pemenang akan mendapat hadiah keseluruhan berjumlah RM 2500.00.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Nor mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan dan menjadi peserta ‘sukan rakyat’ yang menjadi tradisi masyarakat.

IMG-20160520-WA0062Beliau berkata, selain mengisi masa lapang dengan cara berfaedah, ia dapat meningkatkan persaudaraan ‘ukhuwwaah’ Islamiyah.

“saya menyeru para pemuda bekerjasama untuk membentuk satu generasi yang ‘berukhuwwah’ bukan sahaja untuk kerjasama dalam melaksanakan sesuatu prgram

“bahkan bekerjasama menegakkan kebenaran menentang kezaliman,”tegasnya ketika merasmikan pertandingan tersebut.