Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Tanpa Guru….Siapalah Kita!

Tanpa Guru….Siapalah Kita!

Saya selaku Pesuruhjaya PAS Terengganu dan mewakili Badan Perhubungan PAS Terengganu serta juga rakan-rakan, mengambil kesempatan hari ini sempena Hari Guru pada 16 hb Mei, merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di negeri Terengganu dan dimana sahaja berada.

Mereka semua telah sekian lama memainkan peranan dan menyumbang serta membangunkan insan dan kemanusiaan dengan ilmu dan pengetahuan yang menjadi tonggak kepada pembangunan negeri dan negara kita.

Tanpa guru siapalah kita!

Jadi Alhamdulillah, satu hari yang dinamakan sebagai Hari Guru namun kita mengucapkan terima kasih kepada para guru pada setiap hari sebagai orang yang telah memberi khidmat kepada kita.

Bahkan dalam Islam telah memberikan martabat yang tinggi kapada para guru yang telah menunjuk ajar dengan ilmu dan pengetahuan, apatah kelebihan manusia itu sendiri dengan ilmu dan pengetahuan.

Allah Ta’ala melantik nabi Adam AS atas muka bumi ini kerana kelebihan ilmu dan pengetahuan dan spesis manusia inilah yang memindahkan ilmu pengetahuan, berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Dan kerana itulah nilai dan martabat ketinggian manusia itu diukur dengan ilmu dan pengetahuan.

Bahkan surah al-Quran yang pertama turun pun, merupakan suratul-Iqra memberi martabat yang tinggi kepada ilmu dan pengetahuan iaitu dengan membaca. Dan seseorang itu sudah pastinya tidak akan tahu membaca kecuali dengan perantaraan dan pengajaran daripada seorang guru.

Jadi saya mengharapkan, sempena Hari Guru ini, para guru meneruskan khidmat untuk mengajar dan dalam masa yang sama kita harapkan Allah Ta’ala sahajalah yang memberi balasan atas khidmat itu kerana ia bukan hanya untuk kepentingan dunia sahaja, tetapi sebagai ilmu yang diambil manfaat.

In sha Allah akan menjadi amal soleh yang berterusan!

Sekali lagi saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasi kepada para guru.

Ustaz Haji Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka
9 Sya’aban 1437H / 16 Mei, 2016

https://youtu.be/cnsLTp_C2g8

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan