Terengganu, Malaysia

PAS Bukan Parti ‘Retorik’

PAS Bukan Parti ‘Retorik’

KUALA TERENGGANU – PAS bersedia menggalas tanggungjawab mewakili penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar bukan ‘retorika’ semata-mata, yang hanya mengkritik dan memberikan pandangan.

IMG-20160513-WA0107Namun menurut Pengerusi Majlis Tindakan DUN Ustaz Ahmad Shah Mohamad, PAS sentiasa dekat dengan masyarakat dengan melakukan kebajikan sebagai sebuah organisasi dakwah .

“Objektif BERKAT 1.0 ini mahu PAS supaya sentiasa dekat dengan masyarakat, bukan parti politik semata-mata,

“bukan retorik yang memberikan pandangan dan mengkritik tetapi mencari jalan penyelesaian masalah,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan PAS DUN Bandar Bersama Masyarakat (BERKAT 1.0) di perkarangan pasar Cabang Tiga, di sini pada Sebtu 14 Mei.

IMG-20160513-WA0115Beliau berkata, pelbagai program kemasyarakatan dan hiburan alternatif serta program dialog bersama orang ramai diadakan sempena BERKAT 1.0.

Sehari sebelumnya, beliau bersama beberapa orang ahli jawatankuasa DUN Bandar turut meluangkan masa menziarahi beberapa buah rumah di sekitar DUN Bandar sempena dengan program BERKAT 1.0.

“aktiviti ziarah ini diadakan bagi membantu dan meringankan beban rakyat. Program ini juga dapat merapatkan lagi silaturrahim antara PAS DUN Bandar dan penduduk setempat,

“kita akan adakan program ini  berterusan…..in sha Allah, PAS DUN Bandar akan terus memberi kan khidmat kepada penduduk,”katanya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan