Israj Mikraj:Pemimpin Rakus Akan Terima Balasan

1276

BESUT – Peritiwa Israk Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW memberikan iktibar dan pengajaran kepada semua manusia, sesungguhya segala kerja buat kita di atas dunia akan diberi balasan oleh Allah.

IMG_20160511_204819Timbakan Ketua Muslimat Negeri Terengganu Hajah Zarani Othman berkata, antara yang ditunjukkan kepada nabi adalah sekumpulan manusia yang memotong lidah mereka sendiri dengan gunting.

“Apabila ditanya Rasulullah kepada Jibril, siapakah mereka itu?, Jibril menjawab itulah balasan Allah kepada orang-orang yang semasa di dunia,

“memakan riba, suka bergossip, menyebarkan fitnah, orang yang diberi amanah tidak mampu melaksanakan tetapi masih lagi meminta-minta amanah lain,”ujarnya.

IMG_20160511_204926Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah di surau Kampung Alur Keladi, Hulu Besut, disini, kelmarin.

Oleh itu, beliau mengharapkan agar Muslimat Hulu Besut melaksanakan amanah perjuangan Islam dan memperkukuhkan saf serta bersiap sedia menghadapi samada pilihan raya negeri peringkat negeri atau pun Pilihan Raya Umum Kali Ke-14, pada bila-bila masa.

“Muslimat mesti memperhebatkan program bersama masyarakat, setiap rumah muslimat mesti dijadikan sebagai pengkalan untuk bacaan ‘Yaasin’ dan majlis ilmu,

“di samping memperjelaskan isu-isu yang timbul kepada ahli keluarga, jiran dan masyarakat,”jelasnya.