Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bersempena dengan seluruh orang Islam menyambut peristiwa Israk dan Mikraj, perlu mengembalikan ingatan mereka kepada Baitul Muqaddis, kiblat pertama orang Islam, tempat penghujungnya Israk bermulanya Mikraj, yang merupakan salah satu daripada tempat suci orang Islam yang disebut oleh nabi SAW dalam hadis-hadis yang banyak yang diketahui pada hari ini ditakluk oleh zionis.
Yahudi yang telah berjaya menegakkan negara haram Israel hasil dari kelemahan umat Islam sendiri apabila mereka meninggalkan keperkasaan mereka dengan Islam. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Amirul Mukminin Umar al-Khattab RA ketika menyaksikan pembukaannya Baitul Muqaddis dan membebaskannya dari Rom Byzantine
Antara lain Syaidina Umar menegaskan, kita adalah umat yang dikurniakan kemuliaan oleh Allah dengan Islam sekiranya kita mencari kemulian selain Islam nescaya kita menerima hukuman penghinaan dari Allah SWT
Kita menyaksikan bila umat Islam mengabaikan amanah menegakkan Islam, apabila mereka tidak melaksanakan Islam dengan sepenuhnya, dengan sebab dipengaruhi oleh penjajahan di zaman mutakhir, tercetusnya semangat kebangsaan yang memecahkan umat Islam antara satu sama lain sehingga Palestine dirampas dengan mudahnya.
Berlakulah kelemahan yang diberi amaran oleh nabi SAW (dan) kita menyaksikan pada hari ini Kota Baitul Muqaddis ditakluk oleh Yahudi.
Namun kita menyaksikan apa yang diberitahu oleh nabi SAW hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad yang bermaksud, “akan ada umat aku, kumpulan yang berdiri tegak dengan megah menzahirkn Islam, mereka tidak boleh dihapuskan oleh kalangan yang mengecewakan mereka sehingga datang utusan Allah”
“lalu sahabat bertanya siapakah mereka itu Ya Rasulullah? Jawabnya:
“mereka yang penduduk Baitul Muqqadis dan sekitar Baitul Muqqadis.”
Kita menyaksikan bangkitnya intifadah dikalangan rakyat Palestine dengan semangat Islam yang berkobar setelah mereka menyaksikan kegagalan golongan nasiaonalis Arab menunaikan tanggungjawab mereka.
Dalam masa yang sama yang sama kita melihat banyak negara Arab mengecewakan intifadah ini bahkan sampai ke peringkat ada yang berusaha dan bersengkokol dengan musuh-musuh Islam yang dipengaruhi oleh zionis supaya menghentikan intifadah, mengadakan hubungan diplomatik dengan dengan Israel, mengemukakan solution atau cadangan dua negara, satu untuk Palestine, satu untuk Yahudi sedangkan Palestine adalah bumi anbiya’, bumi Islam yang tidak seharusnya diserahkan kepada kuasa pemerintah yang lain, hanya Islam yang layak memerintah Palestine yang diizinkan kepada masyarakat majmuk.
Dengan sebab itu umat Islam mestilah peka dan sedar akan tanggunggjawab ini khusus nya disaat mereka memperingati Israk Mikraj bukan sahaja memperingati kisah cerita Israk Mikraj dalam masa yang sama hendaklah memahami kedudukan Baitul Muqqadis kepada umat Islam yang perlu dipertahankan.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Naib Ketua Kesatuan Ulakak Sedunia




























