KUALA TERENGGANU – Badan Kebajikan DUN Kuala Berang (BAKED) telah dilancarkan secara rasmi oleh Ahli Parlimen Pasir Mas Ustaz Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz.
Menurut Pengerusinya Dr. Suhazeli Abdullah, diwujudkan bagi membentuk satu entiti berkebajikan PAS disekitar DUN Kuala Berang.
“Ianya boleh berbentuk khairat kematian, dana kebajikan atau dana pelajaran kepada ahli-ahli yang terlibat.
“Idea awal telah dikemukakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Hj Muhyiddin Abdul Rashid semasa mesyuarat MTD Kuala Berang 2015 lalu,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sabtu 23 April 20 selepas pelancaran BAKED, sempena majlis makan malam DUN Kuala Berang, disebuah hotel di sini.
Katanya, penubuhan badan itu mengambil contoh beberapa model organisasi yang telah berjaya dibeberapa DUN seperti DUN Jabi.
Justeru itu, menyeru agar semua pihak memanfaatkan badan tersebut untuk meningkatkan kerja-kerja kebajikan dalam masyarakat.
“kita mengambil inisiatif sama bagi memanfaatkan gunatenaga sesama ahli PAS seluruh DUN Kuala Berang.
“Keahliannya adalah disasarkan kepada seluruh ahli dan penyokong PAS di dalam DUN Kuala Berang dan ahli keluarga yang menjadi tanggungannya,”jelasnya.
Antara objektif penubuhan BAKED kata beliau ialah untuk membantu meringankan beban waris atau keluarga yang ditimpa musibah dan bencana.
https://youtu.be/5-62WrUypDk
Katanya, dalam usaha menyatukan masyarakat sekitar DUN Kuala Berang PAS mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan sesuatu tugas apabila berlaku sesuatu musibah atau kesukaran yang menimpa ahli masyarakat.
“ia juga akan memupuk semangat bekerjasama antara ahli dan penyokong PAS (dengan) bersama menghulurkan bantuan dan sokongan,
“ketika seseorang anggota masyarakat berhadapan dengan kesukaran dan musibah,”tambahnya









