Sekolah Agama Sabah Perlu Sumbangan

2766

Sebuah sekolah agama bakal didirikan di daerah Membakut Sabah bagi menampung permintaan terhadap pengajian agama yang semakin meningkat di daerah tersebut sejajar dengan kefahaman umat terhadap kepentingan agama.

Pondok Pengajian Islam dan Tahfiz al-Quran Darul Iman (PADI), begitulah nama yang diberikan kepada sekolah itu oleh jawatankuasa penubuhan sekolah yang diketuai oleh Ustaz Abdul Malek bin Hitam.

Pada ketika ini, proses pembelajaran agama bagi kira-kira 60 peratus penduduk Islam di sini, berlangsung di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar daerah Kuala Penyu, Beaufort dan Membakut tetapi tidak secara sistematik

Rayuan ini disampaikan oleh Ustaz Abdul Malik pada program doa selamat dan solat hajat bagi memohon keselamatan memulakan kerja-kerja pembinaan asas bangunan PADI di Kampung Bingsuluk, Membakut.

IMG_20160414_100318Menurut Ustaz Abdul Malek, perancangan bagi membina PADI ini tercetus setelah mendapati begitu kurangnya pusat pengajian Islam secara khusus di kawasan sekitar, disamping kesanggupan keluarganya mewakafkan sebidang tanah.

Usaha ini mendapat kerjasama yang kuat daripada Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) dan berkebetulan juga Ustaz Malek adalah anak jati Terengganu yang kini menetap di Sabah dan berkahwin dengan penduduk di situ.

Ustaz Abdul Malek berkata, sehingga kini proses menambun tanah telah dijalankan dengan kos sebanyak RM52,000 dengan baki di tangan ada sebanyak RM15,000 dan kos keseluruhan dianggarkan sebanyak RM1.5 juta.

“(Kami) dengan ini ingin merayu untuk mendapatkan dana sumbangan daripada orang ramai untuk proses pembinaan pondok kami yang bertempat di Kampung Binsuluk, Sabah ini, untuk pengajian al-Quran dan agama Islam bagi masyarakat sekitar.

“Iaitu di daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Membakut dan Bongawan.Proses menimbus tanah telah dilakukan, alhamdulillah pihak kami telah mendapat sumbangan dana daripada orang ramai bagi fasa pertama ini sebanyak RM67,000,” jelas beliau.

Bagi dermawan-dermawan yang berminat untuk turut menyumbang bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Islamic atas nama Pondok Darul Iman 5602 7800 6108.

Segala pertanyaan boleh diajukan kepada Ustaz Abdul Malek Hitam 0195343728 dan Ustaz Mohd Anuar Ali 0138100679