Gencatan Senjata Yaman Masih Dipatuhi

955

Jeneral Mohamed Ali al-Makdashi berkata, gencatan senjata yang berkuat kuasa di Yaman pada tengah malam Isnin masih dipatuhi oleh semua pihak bertelagah, walaupun terdapat beberapa pelanggaran oleh pejuang pemberontak.

“Gencatan senjata tidak runtuh dan kita harap (Huthi) pemberontak menamatkan serangan mereka dan menghormati gencatan senjata itu,” kata beliau yang juga ketua pasukan kakitangan bersenjata Yaman.

Makdashi berkata pasukannya sudah bersedia untuk menghentikan sebarang percubaan oleh Houthi untuk melakukan sebarang serangan.

Jeneral itu telah menuduh pemberontak Syiah yang disokong Iran melanggar gencatan senjata itu di beberapa barisan hadapan sejak ia mula berkuat kuasa pada 2100 GMT pada hari Ahad.

perang yaman2Katanya, pelanggaran berlaku di bandar-bandar di barat daya Yaman,Taiz dan di Marib, timur ibu negara Sanaa serta di wilayah Jawf, satu tempat lebih jauh ke utara.

Beliau berkata, pemberontak Houthi dilaporkan telah melancarkan peluru berpandu ke arah Marib dari daerah Sanaa, namun telah dipintas, tidak lama selepas gencatan senjata bermula.

Dalam bandar Taiz sahaja, kata beliau, suruhanjaya tentera telah mencatatkan 12 pelanggaran gencatan senjata oleh pemberontak.

Suruhanjaya itu berkata Houthi menembak dan membunuh orang awam serta mencederakan beberapa yang lain di bandar itu, sambil menambah, tindakan kita adalah terhad kepada mempertahankan diri sahaja.

Tentera yang setia kepada kerajaan dan pasukan pemberontak telah berjanji untuk menghormati gencatan senjata yang diusahakan PBB menambah keyakinan yang berhati-hati menjelang rundingan baru untuk mencapai perjanjian damai yang berkekalan.

Pihak-pihak bermusuhan berharap gencatan senjata boleh membentuk asas kepada perjanjian damai yang tahan lama yang boleh direalisasikan pada perjumpaan 18 April di Kuwait.

Tiga percubaan untk perdamaian sebelum ini ‘musnah’ aapabila kesemua pihak terlibat dalam perang saudara itu gagal mencapai kata sepakat.