Oleh : Dr Azman Ibrahim
KUCHING – Memulakan pagi 6 April di Sadong Jaya dengan solat subuh berjamaah dan tazkirah subuh kepada ‘team G2’ petugas dari Terengganu Darul Iman di tempat penginapan kontingen Terengganu.
Kami datang dengan seramai 20 orang tenaga mujahid. Dengan semangat tinggi untuk melihat anak sulong dilahirkan di Dewan Undangan Negeri Sarawak.


Sadong Jaya ada seramai 6,000 pengundi. Masyarakat Cina sudah memberikan isyarat lampu hijau untuk bersama PAS. Sebagaimana di Semenanjung, masyarakat Cina di sini celik isu.
Cikgu Asan calon PAS adalah anak tempatan, seorang bekas guru yang dikenali ramai. Istimewa seorang guru, dia ada ramai bekas anak murid.
Agak menarik dengan fakta bahawa PAS tak dianggap sebagai parti semenanjung sebagaimana anggapan yang diberikan kepada beberapa parti lain yang asalnya lahir dari semenanjung. Isyarat yang baik bahawa PAS tak dianggap asing di sini.
Pagi ni kami akan mula masuk menyelami permasalahan masyarakat setempat dengan beberapa isu utama menjadi fokus…
Tunggu catatan seterusnya dari bumi Sadong Jaya.




























