Beberapa hari lagi akan diadakan himpunan besar seluruh mujahidah di negeri Terengganu. Himpunan Muslimat Terengganu (HIMMAT 2.0) yang bakal diadakan pada Sabtu, 26 Mac 2016 di Dataran Itqanul Muluk, Kampung Gaung bakal menyaksikan himpunan penuh ukhuwwah dan mahabbah para muslimat dan anak muda perempuan.
HIMMAT 2.0 ini merupakan tanda kesediaan para muslimat untuk mengharungi segala kepayahan dan kesusahan dalam perjuangan. Muslimat kini mara kedepan bagi menerajui arus politik yang pelbagai corak dan matlamat, namun dari himpunan ini kita berjanji bagi memastikan Islam tetap dijunjung dan terus istiqamah kearah kemenangan.
HIMMAT 2.0 adalah untuk menyemarakkan semangat juang para ahli. Muslimat tidak boleh dipisahkan dengan kerja lapangan. Ini kerana di situ terdapat sasaran (mad’u). Kerja turun padang bukanlah mudah jika tidak disertai dengan persiapan ilmu dan kemahiran. Kerja-kerja dakwah memerlukan kesabaran dan pendekatan yang kreatif lagi menarik.
Pelbagai pengisian yang akan dibawa di dalam himpunan ini bagi memberi suntikan semangat kepada para muslimat agar terus istiqomah dengan gerakerja bagi membantu kemenangan Islam. Sesuai dengan tema HIMMAT, iaitu “Muslimat Istiqomah Semarakkan Kemenangan”.
Himpunan ini amat penting untuk para ahli muslimat untuk hadir.Saya mengharapkan agar para muslimat dapat mengambil peranan dan saranan daripada pimpinan agar menjadi panduan gerakerja di peringkat masing-masing. Teruskan momentum semangat dan ukhuwwah ini bagi menyemarakkan lagi gerakerja kemenangan Islam suatu hari nanti.
Siiru ‘ala barakatillah.
Fastaqim!
Dengan tulus ikhlas,
Puan Safinah Jusoh & saf kepimpinan
Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu











