Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan, beliau telah dikunjungi oleh ramai dikalangan pemimpin parti Umno dan mengakui mereka sudah ‘jeluak’ dengan partinya sendiri.
Menurut Ustaz Abdul Hadi, mereka sudah bosan dengan parti tersebut kerana terlalu banyak berlaku rasuah, penyelwengan dan salah guna kuasa dikalangan pemimpinnya.
“saya nak beritahu disini, ada beberapa orang pemimpin utama Umno berjumpa dengan saya, tak boleh sebut nama lah, (kalau) sebut kena tindas dia pulak,
“banyak (ramai) pemimpin umno yang sudah rasa jeluak dengan apa yang berlaku, dengan rasuah dengan macam-macam perkara berlaku,”ujarnya ketika berucap melancarkan Jentera Pilihanraya DUN Bandar, disini semalam.
(Gambar – Dato’ Seri Hadi menyerahkan ‘amanah panji-panji PAS’, kepada Ketua-ketua Unit Peti Undi dalam DUN Bandar menandakan ‘perang’ pilihanraya PRU-13 sudah bermula)
Menurutnya, walaupun sudah bosan dengan partinya, pemimpin umno itu tidak boleh keluar daripada partinya akibat ‘perangkap’ yang dikenakan keatas mereka melalui projek dan lain-lain.
Katanya, mereka diperangkap dengan ‘rasuah’ dan ‘skandal’ mengikat mereka dengan parti umno, yang akan diambil tindakan sekiranya pemimpin terbabit keluar dari umno.
Kembali untuk berita selanjutnya>>>
http://www.youtube.com/watch?v=eOkI-qvqe1g



























