Jualan Kebajikan ‘Buku Kitar Semula’ Amalnita Jadi Tarikan

2031

Oleh : Azizah Mahmood

Bergerak seiring dengan jamaah, walaupun berstatus NGO, Amalnita Terengganu tetap tidak menolak dalam melibatkan diri dengan program-program PAS untuk bersama membantu memantapkan lagi gerakan Islam PAS.

Bertitik tolak dari situ, Amalnita Terengganu telah melibatkan diri selama 4 hari dalam program HARAP 3.3 di Kampung Padang Mengkuang, Marang.

Amalnita beroperasi di tapak bernombor 48 dengan membuka gerai bertema “anda memberi kami menafaatkan” yang berkongsepkan ‘jualan kebajikan’ dengan menyumbangkan pakaian dan buku terpakai untuk dibeli atau menderma mengikut kemampuan.

Menurut Pengerusinya Dr Khadijah Musa, Amalnita mengambil peluang dalam program HARAP dalam mengenalkan Amalnita kepada umum di samping menyerlahkan kerja-kerja yang di lakukan oleh ahli-ahli.

“terutama dalam mengumpul dana untuk di salurkan semula kepada mana-mana golongan yang memerlukan………. kita menerima sumbangan pakaian terpakai termasuk buku-buku,

“dan kita memanfaatkan sumbangan tersebut dengan menjualnya kembali atau memanjangkan infak dengan bayaran seikhlas pemberian,”jelasnya.

Disamping usaha mempromosikan Amalnita, kata beliau, ahli-ahli dapat melaksanakan tanggungjawab dalam masyarakat.

IMG-20160229-WA0018Seorang pengunjung HARAP dari Kampung berdekatan Puan Rahmah Sulaiman, 57, berkata, beliau dapat membeli baju terpakai satu plastik dengan harga yang murah.

“Saya mari hari Jumaat beli baju satu plastik dan derma RM 5…………hari Sabtu saya datang semula cari pakaian untuk saya dan cucu,

“dapat satu plastik dalam 15 helai . Dengan baju kurung 4 pasang saya derma RM5……….Alhamdulillah pakaian walaupun terpakai tapi masih lagi kelihatan baharu,”ujarnya

Seorang pengunjung lelaki, Hussin Ahmad, 62, dari Kampung Telaga Mengkudu mengambil peluang memilih buku-buku agama ‘kitar semula’ untuk di bawa balik.

“pakcik tengok banyak buku agama dan semuanya baru-baru jadi pakcik membeli sambil menderma, harap nak ke kedai buku memang payah, jadi dapat di sini, pakcik ambik je lah,”katanya.

Kehadiran yang ramai, termasuk golongan muda yang begitu menggalakkan juga dapat di lihat di gerai Amalnita.

Seorang pelajar datang untuk mendapat bahan-bahan bacaan terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai.

“saya pelajar MDQ , saya beli buku buku komik agama dan buku kamus , saya dapat 5 biji dengan harga RM3………..Saya ajak kawan kawan untuk membeli sambil derma juga, sesuai untuk kami pelajar,”kata adik Hasanah.

Disamping pakaian dan buku buku gerai Amalnita juga membuka tabung sumbangan untuk Pusat Dakwah Serantau (PDS), yang dikendalikan oleh Yayasan Amal Malaysia di Selangor.

Kutipan bagi dana pembangunan PDS dibantu oleh sukarelawan terdiri daripada lima orag anak-anak yang sedang menuntut di Pusat dakwah tersebut