PAS Setiu Akan Tubuhkan Pasukan Bomba Sukarela

2356

Oleh : DMS

SETIU – Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah ini, amat mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan serta kerjasama yang boleh dihulurkan dari pelbagai pihak termasuk parti politik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Penolong Penguasa Anuar Mamat berharap, satu pasukan bomba sukareladapat ditubuhkan di daerah ini, bagi membantu kerja-kerja kecemasan dan menyelamat.

“kita mengalu-alukan sebarang pertolongan dan bantuan kecemasan yang di beri dengan keselamatan adalah di utamakan,

IMG-20160229-WA0004“kita juga mengharapkan agar pasukan Bomba Sukarela dapat di tubuhkan di komuniti setempat dalam membantu sebarang kecemasan yang berlaku terutama apabila berlaku kebakaran,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada PAS Kawasan Setiu ke balai bomba tersebut pada Ahad 28 Februari.

Rombongan PAS Setiu diketuai oleh Yang Dipertuanya Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir bersama sepuluh orang ahli jawatankuasa, termasuk anggota Unit Amal.

Sehubungan itu, Ustaz Sahari melahirkan rasa gembira dengan jalinan kerjasama oleh Jabatan Bomba Setiu yang memberi ruang kepada Pas Kawasan untuk bersama dalam membantu sebarang kecemasan yang berlaku.

Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Asas Tani dan Alam Sekitar negeri berjanji akan membawa cadangan penubuhan Bomba sukarela itu dalam mesyuarat PAS Setiu yang akan datang.

“Alhamdulillah…….hari ini kita dapat adakan pertemuan dan menjalin kerjasama bersama agensi kerajaan Jabatan Bomba dan Penyelamat,

IMG-20160229-WA0003“dan kita akan cuba wujudkan pasukan bomba sukarela yang di sarankan melalui penglibatan unit amal yang akan kita putuskan dalam mesyuarat,”katanya selepas selesai kunjungan hormat yang berlangsung hampir satu jam setengah itu.

Mengulas lanjut Enci Anuar sukacita dan bersedia memberikan tunjuk ajar kepada anggota Unit Amal bagi mendalami ilmu kecemasan dan kebakaran secara kaedah menyelamat.

“kita harap pasukan bomba sukarela dapat di tubuhkan di komuniti setempat agar sebarang kecemasan dapat di kawal sebelum kehadiran kami,

“dan kita bersedia untuk memberikan pendedahan dan kerjasama” tambah beliau dengan merujuk keadaan kawasan Setiu yang jauh dari satu tempat ke tempat yang lain,”jelasnya