‘Mu Tanye lah Gajoh Rima Pong’ Panaskan Dingin Malam Bandaraya KT

1354

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu (DPPKT) menyifatkan program sembang santai ‘Mu Tanye lah Gajoh Rima Pong, Kita Jawab’ anjuran Pemuda PAS DUN Bandar sebagai satu program yang amat bagus.

IMG-20160221-WA0077Bahkan Ketuanya, Azrin Aris berkata, ia perlu menjadi contoh kepada pemuda DUN-DUN lain supaya mengadakan program tersebut bagi menambahkan maklumat perkembanga semasa.

“ia satu program yang amat bagus……..amat perlu diteruskan untuk masa-masa akan datang. Program sebegini juga perlu menjadi contoh kepada Pemuda DUN-DUN supaya dapat dilaksanakan di peringkat DUN masing-masing,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program tersebut yang di adakan di sebuah gerai makan, Jalan Kampung kolam, dekat sini pada Ahad malam, 21 Februari.

Dalam program ala ‘Talk Show’ itu, dua orang ahli panel, Pengerusi NGO Generasi Naraza Muda dan seorang peguam Wan Zainuddin Wan Musa, selama dua jam, telah mengupas isu-isu semasa.

IMG-20160222-WA0006Pelbagai persoalan berkaitan ekonomi, politik dan sosial, dijawab oleh ahli panel terbabit, secara terbuka dan telus, sebagaimana soalan-salan yang diajukan oleh kelompok, kira-kira 50 orang hadirin.

Sehubungan itu, bagi pihak DPPKT, Azrin mengucapkan tahniah kepada Pemuda PAS DUN Bandar yang berani menganjurkan program seumpamanya, kali pertama di tengah-tengah bandaraya ini.

“Bagi pihak DPPKT kami mengucapkan tahniah kepada Pemuda PAS Dun Bandar diatas penganjuran tersebut yang memanaskan malam dingibn bandaraya ini,

“tahniah juga kepada semua yang terlibat………. In shaa Allah usaha kalian diberkati dan dirahmati oleh Allah,”tambahnya.