KUALA TERENGGANU – Dewan Harian PAS DUN Batu Burok bersama NGO BB Care, mengadakan ziarah kebajikan dalam meneruskan usaha memberikan khidmat kepada masyarakat.
Pengarah Majlis Tindakanya, Ustaz Mohd Soud Said berkata cawangan-cawangan yang terlibat adalah Kubang Ikan, Mengabang Tengah, Pantai Batu Burok, Kampung Padang dan Tok Adis.
“kita minta pihak cawangan mengenalpasti rumah dan keluarga yang susah dan miskin, orang tua dan yang kurang upaya serta ibu tunggal dan anak yatim,


Menurutnya, hampir semua keluarga yang diziarahi meluahkan keluhan mereka terhadap kos sara hidup yang meningkat dan kesan GST yang semakin mencengkam kehidupan.
Justeru itu kata beliau, sebuah NGO yang ditubuhkan dibawah DUN iaitu Batu Burok Care (BB Care) akan membuat pemantauan dari masa ke semasa dan mengambil tindakan pantas bagi menangani sebarang masalah yang berkaitan ekonomi serta kehidupan.
“kita telah tubuhkan NGO ini, dan in sha Allah kita akan terus mengambil bertat tentang penduduk, sekiranya tedapat aduan tentang sebarang kesusahan rakyat,
“kita akan mengambil tindakan segera,”jelas beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu.




























