LAMEGA 2016; Bakal Mahasiswa Diseru Guna ‘Senjata Ampuh’ Jana Perubahan

2459

Oleh : Haida al-Ansariyyah

MARANG – Segulung sijil tidak yang diterima membawa sebarang erti sekiranya graduan yang bakal lahir dari menara gading gagal merubah persekitaran mereka dengan ilmu yang diperolehi.

IMG_20160214_231434Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, mahasiswa sewajibnya menguasai bidang masing-masing supaya dapat digunakan sebagai ‘senjata ampuh’ ke arah menjana perubahan negara.

“Ijazah yang dimiliki bukan untuk diri sendiri, tetapi ijazah yang dimiliki untuk mengubah landskap negara,”.

Kalam azimat itu disampaikan beliau ketika berucap dalam majlis forum bersempena Kem Lambaian Menara Gading (LAMEGA) 2016, di Kem PLKN Cenderawasih, Chador, Pengkalan Berangan, Marang, di sini semalam.

IMG_20160214_231049Beliau berkata, mahasiswa sekarang terdedah dengan pelbagai ancaman dan yang terbaru ialah masalah kemorosotan ekonomi negara.

Oleh itu, katanya, bakal pelajar perlu kepada kematangan dalam membuat persediaan menghadapi alam ‘universiti’ dengan mengambilkira pelbagai aspek.

Sehubungan itu, ADUN Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim berkata program LAMEGA amat penting kepada para bakal mahasiswa.

Katanya, pendedahan suasana alam kampus yang sebenar sangat perlu, bagi memastikan persediaan mental dan fizikal.

IMG_20160214_231533Menurutnya, ia akan dapat membentuk jatidiri dan para pelajar tidak terkejut apabila bertemu dengan ‘budaya’ baru, di pusat pengajian tinggi nanti.

“persiapan dilakukan dari awal agar pemikiran kita tidak dicemari dengan pemikiran dan akhlak yang merosakkan di kampus kelak.
“saya juga mengingatkan agar kita menunaikan tanggungjawab, terlibat dengan mana-mana persatuan yang memperjuangkan kedaulatan Islam dan aktiviti kemasyarakatan di universiti masing-masing,”jelasnya.

Anggota Dewan Ulamak PAS Terengganu itu berkata demikian ketika berucap merasmikan penutup LAMEGA 2016.

IMG_20160214_231150Ustaz Ridzuan turut melahirkan kebimbangan tentang persepsi negatif mahasiswa sekarang yang meletakkan kehadiran mereka di pusat pengajian hanya untuk belajar semata-mata >

“sehingga mereka mengabaikan tanggungjawab kepada masyarakat serta (tidak peka dengan) isu yang berlaku di sekeliling mereka.

“ingatlah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan kepada bakal mahasiswa melalui kisah pesanan Lukmanul Hakim kepada anaknya di dalam Surah Luqman: 17,

“(yang bermaksud) Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya,”tegasnya

IMG-20160214-WA0072Azam Baharu

LAMEGA merupakan program tahunan anjuran Dewan Pemuda dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganuyang yang diadakan selama 3 hari 2 malam.

Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dengan hampir 200 pelajar lepasan SPM dan STPM dari seluruh negeri Terengganu menyertainya.
Seorang peserta Muhammad Irham Che Ghani,17, ketika ditemui berkata beliau mendapat azam baharu selepas mengikuti program itu.

IMG_20160214_231627“Saya amat berpuas hati dan bersyukur kerana berpeluang menyertai kem LAMEGA ini yang mana pengisian ilmu dan pengalaman yang disampaikan oleh penceramah amat menarik sekali,,

“Banyak pengajaran yang dapat diambil terutamanya pengorbanan beliau sendiri dalam menuntut ilmu dan untuk menjadi orang yang berjaya,”katanya.

Beliau yang bercita-cita melnjutkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) amat berpuas hati dengan penganjuran LAMEGA dan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur.