Pemuda Pas yakin rampas DUN Tenang

878

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/01/tantawi.jpgDewan Pemuda Pas yakin parti itu mampu memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang walaupun Barisan Nasional (BN) digembar-gemburkan berpeluang lebih cerah memenanginya.

Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, ia berdasarkan trend penambahan sokongan rakyat terhadap perjuangan pakatan pembangkang sejak kebelakangan ini.

“Berdasarkan momentum rakyat mutakhir ini, kita punyai peluang untuk menang dan akan bekerja habis-habisan bagi menghantar seorang lagi wakil rakyat Pas ke DUN Johor,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Pemuda Pas di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, kata Nasrudin, Pemuda Pas akan menganjurkan forum ‘Janji 100 Hari Pakatan Rakyat’ bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenai ikrar pakatan pembangkang sempena konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu.