Calon PN Berpuas Hati Suasana Pengundian Awal DUN Maharani

49

MUAR – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Ustaz Anuar Hayan, berpuas hati dengan suasana semasa proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di DUN Maharani.

Beliau berkata, rata-rata pengundi yang ditemuinya memberikan reaksi positif sepanjang beliau mengunjungi pusat pengundian awal.

“Rata-rata pengundi menunjukkan reaksi yang positif terhadap saya.

“Ada ramai yang mengangkat tanda ibu jari dan membalas senyuman positif kepada saya,” katanya.

Anuar berkata, beliau turut mengunjungi sebuah pusat pengundian awal di DUN Maharani yang melibatkan seramai 647 pengundi.

Menurut beliau, pengundi di pusat berkenaan terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal.