Tembok Penghalang Ombak Runtuh, Pengusaha Chalet Terpaksa Baiki Sendiri

2804

Oleh : NHA

MARANG – Kejadian ombak besar yang berlaku pada malam Tahun Baru Cina bukan sahaja menyebabkan hakisa menyebabkan hakisan pantai di Teluk Lipat Dungun dan Tanjung Gelam Kuala Nerus, bahkan membadai pantai Marang.

Air pasang besar telah meruntuhkan tembok penghalang sepanjang 20 kaki yang baru dibina oleh pemiliknya di sebuah pusat peranginan di sini.

IMG_20160210_103650Menurut Pengurus Angullia Chalet, Zahir Angullia, tembok sedalam 10 kaki itu pecah dipukul ombah dari hadapan.

“piling tembok itu sedalam 10 kaki bawah dan 10 kaki atas pecah dilanda ombak kuat………pecah akibat dipukul ombak kuat dari depan,

“dan pada masa sama pasir di belakang Tembok menolak………… tekanan kuat menyebabkan tembok itu pecah,”ujarnya.

Katanya, beliau mengalami kerugian sebanyak RM250,000, dibelanjakan bagi membina tembok itu, yang baru siap akhir tahun 2015.

Malah, kata beliau, cafe yang masih dalam pembinaan pun turut terjejas akibat runtuhan Tembok itu.
Menurut Zahir, pelbagai ujian yang dihadapi selama ini menjadi asam garam mereka.

Namun begitu, beliau mendakwa, badai yang melanda, dua tahun kebelakangan menyebabkan hakisan yang lebih teruk dari tahuntahun sebelumya.

IMG_20160210_103737“hakisan dan ombak kuat agak teruk………..menjejaskan perniagaan……….. pengalaman 30 tahun mengendalikan resort,

“dalam masa dua tahu ini agak mencabar,”jelasnya ketika ditemui di psat percutian itu, pada Isnin 8 Februari.

Walaupun begitu beliau bersyukur kerana ketika kejadian berlaku kejadian berlaku tiada pengunjung yang mandi manda.

Tetapi katanya, ada dikalangan tetamu chalet yang panik selepas mengetahui tembok itu untuh dan terdengar bunyj hempasan dan percikan ombak serta air laut ‘banjir’ seketika.

Oleh itu, katanya, pihak pengurusan mula memindahkan beberapa penyewa yang berhampiran tebing ke tempat yang lebih selamat.

Ketika ditanya apa bantuan yang diharapkan, Zahir tegas berkata, atas dasar tanggungjawab, mereka tidak dapat menunggu lama mengharapkan bantuan.

IMG_20160210_103737“Ini kerana keselamatan mereka dan nyawa para penyewa amat penting. Oleh kerana itu, kerja-kerja membaikpulih tembok pecah itu akan dibuar sesegera yang mungkin,

“kerana kita bimbang ia akan makin parah apabila bawa arus yang kuat,”ujar beliau lagi.

Beliau amat mengharapkan agar kajian atau tindakan dapat diambil bagi membantu penduduk yang saban tahun diuji dengan ancaman ombak.

Menurutnya, jalan mudah menangani masalah hakisan ini adalah dengan meletakkan batu batan besar sebagai benteng.

Namun, ‘masalah’ Lain yang dihadapi adalah kemungkinan tiada lagi pantai yang landai dan sedikit sebanyak ‘meragut’ keindahan suasana pantai di Terengganu