Muslimat PAS Ikrar Lipatganda Khidmat Kebajikan

1220

KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Terengganu akan terus istiqamah dalam melaksanakan amanah, memberikan khidmat kebajikan kepada rakyat negeri ini.

IMG_20160207_205455Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatannya Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata ia merupakan tanggungjawab yang diajar Islam, akan dipikul sepenuhnya oleh para petugas Muslimat.

“setiap orang ada amanahnya, amanah kita dengan PAS untuk melaksanakan sebaiknya demi menawan kembali Terengganu,

“kerja kita biarlah berterusan, sifat istiqamah itu perlu ada supaya kita tidak lari dari tanggungjawab kita pada jamaah,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan balas kepada saranan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Malaysia, Puan Salamiah Mohd Noor, yang juga Ketua Lajnah yang sama diperingkat pusat.

Salamiah bersama rombongannya dalam rangka ‘Lawatan Mahabbah’ ke negeri Terengganu sebelumnya meminta agar para Muslimat meningkatkan gerak kerja kebajikan di semua peringkat.

IMG_20160207_210128“Kita mahu kebajikan Muslimat sentiasa bersiap siaga, gerakkan semua jentera di semua peringkat, negeri, kawasan dan DUN.

“kerja kebajikan di luar sana perlu kita ambil tahu dan laksanakan sebaiknya kerana masyarakat Akan lebih tertawan bila kita menunjukkan kecaknaan kita,”kata Salamiah ketika berucapa di hadapan 80 petugas kebajikan Muslimat PAS Terengganu di Dewan Darushifa Kuala Ibai, pada Sabtu 6 Februari.

Pertemuan berlangsung dengan semangat kerja yang tinggi apabila perbincangan dua hala merumuskan perkongsian maklumat dan pengalaman antara negeri dan PAS Pusat.

Justeru itu, penggerak Muslimat peringkat Kawasan yang hadir memberikan komitmen untuk melaksanakan keputusan yang dibuat.

IMG_20160207_205355Wan Arbaiah Wan Abdullah dari kawasan Kemaman yang hadir bersama 10 orang ahli jawatankuasanya berikrar melipatgandakan usaha kebajikan.

“apa yang disaran dan dibincangkan hari ini, in shaa Allah akan kita praktikkan……..mana-mana yang belum kita buat dan kita akan melipatgandakan gerakkerja yang sudah kita laksanakan,

“kalau kita buat kerja dengan berkesan tak mustahil kita boleh menawan hati-hati manusia,”ujarnya

Seorang peserta lain, Puan Rashidah Yong memuji pergerakan kebajikan wakil-wakil rakyat PAS dan bertindak segera apabila menerima sebarang maklumat bencana yang menimpa penduduk.

IMG_20160207_205533Beliau berharap, para petugas muslimat turut peka, bergegas membantu secepat mungkin.

“kita beruntung kerana kita Ada YB dan kerja-kerja Kebajikan alhamdulillah terancang dan berkala tidak termasuk yang perlu pada tindakan segera seperti Kebakaran dan kematian,”katanya.

Lawatan keraja Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Malaysia diakhiri dengan menziarahi Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Puan Safinah Jusoh.