Muslimat DUN Tepoh Ikrar Istiqamah, Pertahankan Kemenangan

1325

Oleh : Che Ana

KUALA NERUS – Muslimat perlu marapatkan ukhuwwah yang sedia terjalin dan sanggup menghadapi cabaran dalaman dan luaran serta terus istiqamah bersama kepimpinan ulama’ dan merangka kemenangan dalam pilihanraya yang akan datang.

IMG_20160201_081012Ketua Muslimat PAS DUN Tepoh Ustazah Zainun Ali menggesa muslimat menjadi penggerak dan penyampai maklumat bagi memastikan kemenangan PAS di DUN Tepoh terus dipertahankan.

“Muslimat juga mesti berjanji mematuhi segala arahan untuk menegakkan Islam atas dasar kebajikan, keadilan dan kesejahteraan melalui dakwah , tarbiyah , siasah dan demokrasi.

“Sedia untuk memikul amanah ISLAM PAS , berkorban seluruh tenaga , masa , harta benda dan jiwa raga demi mencapai cita – cita menegakkan sebuah pemerintahan yang diredhai Allah,”jelasnya

IMG_20160201_081037Beliau berkata demikian di hadapan hampir 100 orang muslimat dari seluruh DUN Tepoh yang menghadiri Ijtima’ Amilat Muslimat di Markaz Tarbiyah PAS Wakaf Tengah di sini pada Sabtu 30 Januari.

Program yang berlangsung sepanjang hari itu turut diisi dengan bengkel, pembentangan kertas kerja juga resolusi .

Bacaan Ikrar Istiqamah Amilat DUN Tepoh diketuai oleh Ustazah Hasmah Salleh yang kemudian diikuti oleh semua peserta yang hadir.

Program tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim yang turut mebentang kertas kerja utama.