SETIU – Penyelenggaraan berkala tali air milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Kampung Oh, Jabi, dekat sini, adalah sangat penting bagi melancarkan aliran dan meminimakan kesan banjir.


“Tak tepat laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengatakan punca banjir ialah air pasang besar kerana Kg Oh jauh dari laut dan tak ada sungai besar.
“Yang ada hanyalah taliair yang menyalurkan air dari Empangan Jajar ke kawasan pengairan padi,”ujarnya ketima memberi komen tantang banjir yang melanda kampung itu selepas hujan semalam.
Beliau turut menyatakan rasa pelik kerana kejadian berlaku ekoran hujan lebat yang turun hanya di di Kampung terbabit sahaja.
Katanya, ia adalah kuasa Allah yang mahu menurunkan hujan dimana-mana jua, namun manusia yang mentadbir muka bumi ini harus sentiasa bersedia sepanjang masa bagi mengelakkan sebarang mudarat yang membahayakan kehidupan.


“Bila hujan turun dengan lebat dalam keadaan pintu air ditutup menyebabkan air melimpah. Selepas dibuka pintu air pada petangnya, air surut dengan cepat.
“Syukur kepada Allah kerana banjir tak merebak dan hanya 2 keluarga dipindahkan ke Masjid Kampung Oh,”jelasnya.




























