Oleh : Che Ana
Muslimat perlu memainkan peranan lebih besar dan menyusun jentera bagi memperkasakan PAS, bukan setakat hanya menghadapi pilihan raya, namun hingga ke akhir hayat.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) Ustazah Nuridah Salleh menggesa para Muslimat berlumba-lumba melakukan kebaikan dan menyumbang, walau dimana jua pun.
“Tak salah kita berlumba atas perkara kebaikan kerana muslimat semua adalah pemangkin kepada kebangkitan PAS,


Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 300 pesertadari seluruh negara yang menghadiri Persidangan Muslimah Istiqamah.
Program anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media itu berlangsung selama dua hari pada Sabtu dan Ahad, 23 hingga 24hb Januari di Kompleks Purnama Pengkalan Cepa, Kelantan
Sehubungan itu, Ketua Penerangan Muslimat Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan menggesa para Muslimat bersiap sedia menghadapi apa jua situasi.
Beliau berharap para Muslimat dapat memberi penerangan dan menyebarkan maklumat tentang PAS dengan menggunakan semua saluran yang boleh dicapai.


“sama ada memberi penerangan, menjawab isu atau paling tidak membantu ‘menviral’ bahan-bahan penerangan pada saluran yang kita sedang bina seperti FB, Blog , Wassup Group dan sebagainya,”jelasnya.
Turut sama memberikan pengisian dalam persidangan itu ialah Timbalan Ketua dan Naib Ketua DMPP Dr. Rosni Adam dan Puan Salamiah Mohd. Nor serta Pengarah Pilihan Raya DMPP Puan Noraini Hussin.
Naib Presiden PAS Dato’ Mhd Amar Nik Abdullah dan Veteran Pak Subky Latiff juga turut menyemarakkan persidangan dengan ucapan dan kata-kata perangsang.


Sementara itu, Ketua Penerangan Muslimat Terengganu Puan Maznah Muftahuddin berkata seramai 24 orang peserta Lujnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Terengganu telah menyertai persidangan tersebut.
“kita telah menghantar seramai 24 orang peserta yang di ketuai oleh saya sendiri dan alhamdulillah dua orang peserta dari Muslimat PAS Terengganu Puan Norlida Seman dan Puan Faridah Othman telah memenangi kuiz yang dipertandingkan,”ujarnya ditemui selepas program berakhir.


























