Oleh KAM
MARANG – Bekas abang ipar kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang iaitu Haji Ngah Long, 88, meninggal dunia awal pagi ini.
Allahyarham Haji Ngah merupakan bekas suami kepada Allahyarhamah Kalsom atau Mok Cik Som yang juga kekanda kepada Ustaz Abdul Hadi.


Beliau merupakan seorang aktivis PAS yang gigih ketika diusia mudanya dan pernah menjadi Pengasas PAS Cawangan Padang Midin.
Malah, allahyarham Haji Ngah juga adalah pengasas Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) As-Salam di Kampung Padang Midin sejak lebih 30 tahun lalu.
“Allahyarham (Haji Ngah) meninggalkan 10 orang anak dari dua perkahwinannya iaitu bersama allahyarhamah Kalsom Awang dua orang dan dengan allahyarhamah Maimunah lapan orang,” ujar menantunya Razali Che Long.
Jenazah allahyarham disolat dan diimamkan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi sekitar jam 2.00 petang, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Padang Midin, Alor Limbat, Marang.





























