Sejak mula dilancarkan pada 20 Disember 2015 lepas sehingga semakan pada tarikh 31 Disember 2015, jumlah yang terkumpul dalam tabung kebajikan kelolaan PAS Terengganu untuk Adik Haseef yang menjadi yatim piatu dalam tragedi Belukar Bukit telah mencecah lebih 15k.
Pihak Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu telah berhubung dengan ibu saudara Haseef, Dr Siti Sabariah Samian untuk mengatur serahan sumbangan peringkat pertama ini kepada pihak keluarga Haseef dalam masa terdekat.
Sepanjang tempoh 10 hari yang lalu, saya banyak menerima pelbagai ragam panggilan dari segenap pelusuk negara.
Ada panggilan dari pemilik sekolah yang menawarkan untuk Haseef mendapatkan pendidikan percuma di sekolah milik beliau.
Tak kurang juga panggilan dari individu yang berhajat untuk mengambil Haseef sebagai anak angkat.
Seorang lagi dermawan menelefon untuk menaja pendidikan Haseef sepanjang hayat.
Semua ini mengambarkan bagaimana rasa bersama dan tanda simpati segenap lapisan masyarakat atas tragedi pilu yang telah menimpa keluarga Haseef.
Bagi pihak Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu saya merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua penyumbang. Kami di Lujnah Kebajikan PAS Terengganu sekadar membantu menyampaikan amanah Tuan Puan para dermawan sekelian.
Kita berdoa semoga adik Haseef terus tabah menempuh hari depan yang penuh berliku tanpa ayah dan ibu di sisi. Syabas kepada Dr Siti Sabariah Samian sekeluarga yang telah memikul tugas yang mulia lagi murni ini untuk menjaga Haseef dengan penuh kasih sayang.
Dr Azman Ibrahim
Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu.
4 Januari 2016.
Kenyataan Media Sebelum Ini;











