Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Madrasah Darul Falah Kuala Nerus, Mulakan Pengajian

Madrasah Darul Falah Kuala Nerus, Mulakan Pengajian

Alhamdulillah, MTD PAS Tepoh merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak Dewan Ulama’ PAS Negeri Terengganu dan PAS Kawasan Kuala Nerus yang telah memberikan keizinan buat Madrasah Darul Falah menjalankan operasi sekolah rendah Islam di dalam kawasan dun Tepoh bagi sesi pengajian 2016.

Sekolah Rendah Islam ini merupakan institusi kedua dalam kawasan Kuala Nerus selepas Madrasah Darul Taqwa, Batu Enam.
IMG_20160104_161915Generasi pertama telah diambil dengan bilangan pelajar seramai 20 orang bagi darjah satu bagi sesi 2016.

Perkembangan ini cukup positif. Kami yakin Madrasah Darul Falah akan mendapat perhatian masyarakat pada sesi pengajian 2017 kelak.

Sukatan pelajaran keagamaan yang diguna pakai adalah melalui sistem yang diperkenalkan oleh Jabatan Persekolahan DUPNT dan akademik pula menggunakan sukatan yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengenalan budaya hafazan di awal pagi setiap hari antara pendekatan yang dibawa untuk murid di madrasah ini. Turut sama disusun adalah penumpuan terhadap penguasaan 3 subjek utama iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Matematik melalui penyusunan kelas tuisyen percuma untuk murid Madrasah Darul Falah di bawah kelolaan NGO Tepoh Care.

IMG-20160104-WA0039Pihak Madrasah Darul Falah merancang untuk tahun 2016-2018 pembinaan sebuah blok bangunan 3 tingkat untuk kemudahan murid bagi sesi mendatang.

Justeru, sokongan masyarakat dan dermawan sangat dialu-alukan untuk membantu usaha menjayakan hasrat ini. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi pihak kami melalui talian 0162115591.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

HAJI HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Pengerusi
Anggota Lembaga Pengarah
Madrasah Darul Falah

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan