Terengganu, Malaysia

Kem ‘Smart Aulad’ Dapat Sambutan Luar Jangka

Kem ‘Smart Aulad’ Dapat Sambutan Luar Jangka

Oleh : Muaz

KUALA NERUS – Kem ‘Smart Aulad’ yang menitikberatkan pendidikan rohani bagi melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, telah mendapat sambutan luar jangkaan.

20151225035357Pengarahnya, Ahmad Fahmy Che Ayob berkata program musim cuti sekolah itu dianjurkan Penyelaras Pemuda Dun (PPD) Bukit Tunggal dengan kerjasama WAJA dan Ameerah berjaya mengadakan Program sulung mereka yang dinamakan Kem Smart Aulad 1.0.

“Kita adakan Kem ini pertama-nya, Bagi Memupuk Kecintaan Anak-Anak Kepada Allah S.W.T. Seterusnya, bagi memupuk Anak-anak supaya menjadikan Rasulullah sebagai Role Model dan Contoh Teladan dalam kehidupan mereka.” Ujarnya

Menurutnya, antara modul menarik dalam Kem tersebut adalah ‘Stesen Smart Aulad’ dimana Peserta dibahagikan mengikut Kumpulan dan setiap kumpulan perlu melalui 10 Stesen yang telah disediakan.

“Di Setiap Stesen, Peserta akan diberi Tunjuk Ajar Oleh Fasilitator berkenaan setiap pengurusan diri yang berkait dalam kehidupan seharian seperti melipat baju, mengemas rumah, menyusun buku, mencuci pinggan dan banyak lagi,”jelasnya.

IMG_9764Ahmad Fahmy berkata, Modul itu diperkenalkan bagi melahirkan anak-anak yang mampu berdikari dan mengurus diri seawal usia di peringkat Sekolah Rendah dan boleh membantu ibu bapa mereka di rumah.

Katanya, sesi ‘Ice Breaking’ sebelah paginya bukan sahaja memberi peluang para peserta mengenali diri masing-masing bahkan didedahkan tentang kepentingan menjadi anak yang soleh dan solehah serta wajib berbakti kepada Ibu bapa sebagaimana yang diajar Oleh Syariat.

Sesi motivasi pada sebelah petang pula, kata Ahmad Fahmy, menampilkan Pencetus Ummah Amirul yang menyuntik para peserta dengan motivasi.

“Motivasi itu berkisarkan Kehidupan dan Akhlak Rasulullah untuk diterapkan dalam diri setiap peserta supaya menjadi insan yang berakhlak seperti akhlak Rasulullah SAW.

201512251452361“Gaya Penyampaian Motivasi tersebut turut memberi kesan yang mendalam kepada Para Peserta sehingga ada di kalangan mereka yang menitiskan air mata,”tambahnya.

Beliau menyucapkan syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua pihak menjayakan Kem tersebut yang mendapat penyertaan seramai 130 orang.

“Alhamdulillah, Kem Smart Aulad ini mendapat penyertaan di luar jangkaan kerana pada mulanya kita hanya mensasarkan peserta seramai 100 Orang. Namun Para Ibu bapa terus menerus mendaftarkan anak mereka sehingga penyertaan mencecah 130 Orang melebihi sasaran yang diletak.

“Semua Aktiviti juga dapat dijalankan dengan begitu baik sekali. Insya-Allah, Selepas ini, Kita akan terus mengadakan program-program mendidik seperti ini.” Ujar Pengarah Program yang sempat ditemu bual di akhir program,”ujarnya lagi.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan